Pelanggan makan tak bayar, pekerja terpaksa bayar ganti rugi

0
92

MALANG menimpa nasib seorang pekerja restoran Secret Recipe di Tesco Melaka, apabila dia dianiaya oleh pasangan suami isteri yang tidak membayar hidangan yang telah dipesan.

Menurut pekerja terbabit, pasangan suami isteri yang berpewatakan alim itu tergamak mencipta alasan dan mempergunakan anak sendiri semata-mata untuk memenuhi hawa nafsu makan hidangan yang mahal.

Akibatnya, pekerja restoran yang tidak bersalah terpaksa membayar kerugian tersebut yang berjumlah RM161.40.

Berikut kronologi kejadian yang berlaku.

Perkara yang selalu terjadi pada kakitangan Secret Recipe.

Adik-adik cakap customer ini pakai purdah, husband pula berkopiah. Masa nak buat pembayaran, customer ini kata dia tak ada cash. Lalu dia kata nak pergi ke ATM keluarkan duit

Adik-adik ini pun kata di sini terima pembayaran menggunakan kad debit. Tetapi customer ini degil dan bagi bermacam-macam alasan untuk pergi ke ATM juga untuk keluarkan duit dan sementara itu dia tinggalkan anak dia.

Adik-adik ini percayalah. Sekali bila masing-masing sedang buat kerja, budak itu pun hilang. Sampai berjam-jam lamanya customer itu tak muncul semula untuk buat pembayaran.

Mulia lagi orang yang berambut perang berbanding orang yang menutup aurat ini. Staff Secret Recipe kena bayar sebab Secret Recipe bukan mamak yang customernya lari boleh lupa macam itu saja.

Kalau kau fikir kau Islam, kau datanglah bayar semula. Aku pun tak perfect.

Sementara itu di media sosial, beberapa netizen juga berkongsikan pengalaman sama dan tiada pilihan lain yang mana mereka juga terpaksa menanggung kerugian akibat pelanggan yang tidak bertanggungjawab seperti itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here