Portal berita terbaik anda

Viral

Pelampau Hindraf buat kecoh di pejabat Firdaus Wong

SEORANG pelampau Hindraf menceroboh ke pejabat pendakwah bebas, Firdaus Wong berikutan penjelasan yang dibuat oleh Firdaus berhubung dakwaan cogan jata Sultan Pahang berasal dari Dewa Murugan, semalam.

Baca: Menjawab dakwaan simbol cogan jata Sultan Pahang berasal dari dewa Hindu

Pelampau itu, Arunakiri Nathan tidak berpuas hati kerana contoh perbandingan yang dibuat Firdaus seolah-olah memalukan dewa Hindu.

Arunakiri juga menuduh Firdaus sebagai pengganas.

Kekecohan yang berlaku menyebabkan Firdaus memanggil pihak polis untuk meredakan keadaan.

Polis telah memberi amaran kepada Arunakiri supaya beredar dari premis itu jika tidak, dia akan diambil tindakan.

Sementara itu, Firdaus nyata kecewa dengan tindakan Arunakiri yang menceroboh pejabatnya dan melemparkan kata-kata provokasi terhadapnya.

Katanya, individu sedemikian membawa virus yang tidak baik terhadap keharmonian negara.

Loading...

Leave a Reply