Pelajar universiti nekad malukan pensyarah suka ambil video ‘upskirt’

0
350

BANGKOK: Apa anda akan lakukan jika mengesyaki guru atau pensyarah cuba mencabul kehormatan pelajar perempuan di institusi pengajian yang anda hadiri?

Di Bangkok, kalangan penuntut perempuan Tahun 1 sebuah universiti di sana nekad ‘mengajar’ pensyarah mereka sendiri yang dipercayai mengambil imej dan video upskirt ketika mereka berada di sebelah mejanya.

Media Thailand Daily News pada Ahad melaporkan tindakan pelajar universiti itu yang berjaya membongkar perilaku keji pensyarah terbabit sejak bermula semester lagi.

Menurut laporan, insiden bermula apabila seorang pelajar ternampak sebuah tablet di atas lantai di sebelah meja pensyarah berkenaan.

Yang menimbulkan syak kepadanya ialah apabila pensyarah itu marah apabila ada pelajar cuba mengalihkan tablet itu dari atas lantai.

Bertitik tolak daripada itu, dia merangka langkah untuk mendedahkan tindakan pensyarahnya itu kepada pihak atasan universiti. Dia kemudian meminta bantuan rakan-rakan kuliah yang bersetuju untuk membongkar perilaku jahat pensyarah mereka.

Beberapa pelajar kemudian pura-pura mendekati penyarah tersebut di mejanya manakala pelajar lain menunggu peluang untuk mencuri tablet itu ketika pensyarah berkenaan tidak menyedarinya.

Rakaman video upskirt berdurasi 12 minit yang memaparkan rakaman membabitkan pelajar perempuan berusia 18 dan 19 tahun itu dibawa ke pihak atasan universiti.

Dilaporkan pensyarah berkenaan yang baru saja bertugas secara kontrak selama setahun meletak jawatan setelah insiden memalukan itu terbongkar.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here