Cempedak Cheese

Portal berita terbaik anda

Utama

Gempar pelajar tahfiz maut dipercayai dipukul rakan sendiri

PELAJAR lelaki di sebuah maahad tahfiz meninggal dunia dipercayai dipukul rakannya dalam kejadian di Lanchang, di Temerloh, semalam.

Dalam kejadian kira-kira 1 tengah hari itu, mangsa berusia tujuh tahun ditemui dalam keadaan lemah oleh warden wanita sebelum dibawa ke Klinik Kesihatan Lanchang untuk menerima rawatan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, Datuk Othman Nanyan berkata, mangsa bagaimanapun disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan tidak lama kemudian.

“Pemeriksaan awal mendapati terdapat kesan lebam pada badan mangsa

“Sehubungan itu, kita menahan tiga rakan mangsa yang juga pelajar maahad yang berusia 13 tahun untuk siasatan lanjut,” katanya, hari ini.

Othman berkata, maahad berkenaan hanya mempunyai empat pelajar sahaja termasuk mangsa dan ia mula beroperasi sejak Januari lalu.

Menurutnya, siasatan awal mendapati mangsa mula belajar di maahad berkenaan pada pertengahan Oktober lalu bersama abang tirinya.

Katanya, siasatan juga mendapati maahad berkenaan beroperasi tanpa mendapat kebenaran dari Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP).

“Maahad itu hanya mempunyai seorang sahaja tenaga pengajar yang juga suami kepada warden wanita berkenaan,” katanya.

Beliau berkata, mayat mangsa dibawa ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAS), Temerloh dan bedah siasat akan dilakukan pada hari ini.

Katanya, siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Leave a Reply

Theme by Anders Norén