Cempedak Cheese

Portal berita terbaik anda

Jenayah

Pelajar sekolah di Marang dinoda 7 rakan asrama

MARANG – Seorang pelajar lelaki di sekolah menengah di sini mendakwa bukan hanya dipaksa melakukan seks oral oleh rakan asramanya tetapi turut diugut akan dicederakan jika enggan mengikuti arahan diberikan.

Kejadian menimpa mangsa berusia 14 tahun itu terbongkar selepas remaja terbabit menceritakan perkara itu kepada ibunya berusia 37 tahun ketika wanita terbabit melawatnya di asrama, 9.30 pagi kelmarin.

Menurut sumber, wanita terbabit yang terkejut mendengar cerita anaknya, membuat pemeriksaan ke atas tubuh badan mangsa sebelum menemui beberapa kesan lebam di perutnya selain mangsa turut mendakwa sakit di seluruh anggota badan dan punggungnya.

Katanya, mangsa mendakwa selalu dipaksa melakukan seks oral oleh tujuh rakannya dan akan dibelasah sekiranya enggan mengikuti arahan diberikan.

“Mangsa juga mendakwa diugut akan dicederakan sekiranya menceritakan kejadian itu kepada orang lain termasuk warden dan pihak sekolah.

“Susulan kejadian itu, ibu mangsa membuat laporan polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintendan Mohd Zain Mat Dris ketika dihubungi mengesahkan ada menerima laporan berhubung kejadian berkenaan dengan kes disiasat mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan.

Leave a Reply

Theme by Anders Norén