Portal berita terbaik anda

Utama

43 pelajar Malaysia pulang dari Indonesia bentuk kluster baharu Covid-19

TERKINI terdapat kluster baharu melibatkan pelajar Malaysia yang tiba di tanah air dari Indonesia.

Perkara itu didedahkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah pada sidang media, petang Ahad.

Beliau berkata, kes itu dikesan menerusi kemasukan seramai 43 pelajar di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 16 April.

“Sebuah kluster baharu telah dikesan di pintu masuk antarabangsa iaitu di mana kes positif dikesan dalam kalangan rakyat Malaysia yang pulang dari Indonesia melalui KLIA pada 16 April 2020.

“Kluster ini terdiri daripada 43 pelajar yang pulang dari Temboro, iaitu salah satu tempat yang telah diisytiharkan sebagai zon merah di daerah Magetan, Indonesia,” katanya.

Dr Noor Hisham berkata, setakat ini jumlah kes positif Covid-19 rakyat Malaysia yang pulang dari luar negara adalah 65 kes termasuk 43 kes dari Magetan di Jawa Timur, Indonesia.

Mengulas lanjut mengenai kluster baharu melibatkan 43 pelajar Malaysia, beliau berkata, seramai 34 orang dikuarantin di Melaka dan sembilan di Kuala Lumpur.

“Ini menunjukkan bahawa tindakan kerajaan untuk mengambil langkah untuk kuarantin dan menyaring semua rakyat Malaysia yang pulang dari luar negara adalah bertepatan.

“Ini bagi memastikan kes import tidak menjangkiti penduduk Malaysia,” katanya.

Loading...

Leave a Reply