Portal berita terbaik anda

Utama

Pelajar Malaysia di Manchester koma dilanggar bas ketika berbasikal

SEORANG pelajar Malaysia di Manchester dilaporkan berada dalam keadaan kritikal selepas terlibat dalam kemalangan di sana, semalam.

Menurut laporan media tempatan, Nur Izzah Mohd Shokri, 20, yang ketika itu sedang menunggang basikal dihentam sebuah bas di Wilmslow Road, Rusholmen.

Mangsa mengalami kecederaan serius di bahagian kepala dan kini sedang dirawat di Hospital Salford Royal.

Perkhabaran duka itu dikongsikan beberapa netizen di media sosial termasuk ahli keluarga mangsa.

Dalam perkongsian sepupu mangsa yang dikenali sebagai Hafiz Borkhan, dia meminta orang ramai untuk mendoakan kesembuhan buat Nur Izzah.

Dia turut memaklumkan bahawa sepupunya itu masih dalam keadaan koma dan bergantung sepenuhnya dengan alat bantuan pernafasan.

Orang ramai juga diseru supaya melakukan solat hajat buat pelajar tahun pertama itu.

Mangsa kini sedang dipantau rapi oleh para doktor memandangkan kecederaan di bahagian kepalanya agak membimbangkan.

Loading...

Leave a Reply