Portal berita terbaik anda

Viral

Pelajar lelaki menangis teresak-esak, simpati keadaan peminta sedekah

Setiap individu di dunia ini dikurniakan rezeki yang berbeza-beza. Ada yang mampu hidup mewah tanpa perlu bersusah-payah, ada juga yang terpaksa bekerja keras demi mendapatkan sesuap rezeki.

Namun, sebagai seorang insan kita digalakkan memberikan bantuan kepada golongan yang kurang berkemampuan tanpa mengira bangsa atau agama mereka.

“Budak baju oren menangis teresak-esak!”

Menerusi satu perkongsian di Facebook oleh Ahmad Firdaus Hashim, dia terpegun melihat sikap sekumpulan pelajar lelaki yang makan di sebuah restoran di Kuantan.

Menurut Ahmad Firdaus, semuanya bermula apabila salah seorang pelajar itu tiba-tiba menangis ketika terlihat seorang pakcik duduk di kaki lima restoran tersebut untuk meminta sedekah.

“Dia kesian dengan pakcik tu, sebab tu dia menangis…”

Remaja lelaki bernama Erfan itu merasa simpati melihat keadaan pakcik itu.

Disebabkan itu, dia dan rakan-rakannya bangun menghampiri pakcik itu dan menghulurkan sedikit sumbang buatnya.

Malah, mereka turut membelikan pakcik itu sebungkus nasi sebagai bekalan.

Rasa kagum, malu pun ada…

“Budak yang takde pendapatan pun boleh buat baik…”

Keperibadian dikagumi…

Sementara itu, rata-rata netizen memuji peribadi Erfan selain memuji tindakannya dan rakan-rakan menghulurkan bantuan kepada warga emas itu.

Walaupun sekecil pertolongan yang diberikan, ia mungkin memberi seribu makna kepada si penerima. Jadikanlah perkara ini sebagai satu inspirasi untuk sentiasa menolong orang yang memerlukan tanpa sebarang andaian.

Sumber: Facebook.

Loading...

Leave a Reply