Cempedak Cheese

Portal berita terbaik anda

Utama

Pelajar jadi ‘runner’ bantu keluarga maut dirempuh pemandu bas mabuk

Petang semalam, kita dikejutan dengan satu kemalangan membabitkan bas, kereta dan motosikal di persimpangan empat lampu isyarat Setia Triangle di Bayan Lepas.

Kejadian itu telah mengorbankan penunggang motosikal manakala dua lagi mengalami kecederaan parah.

Maut dirempuh bas

Penunggang motosikal, Muhammad Saifullah Muhammad Hafeiz, 16, maut di tempat kejadian. Mangsa merupakan pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah Sungai Ara dan bekerja separuh masa sebagai penghantar makanan di sebuah restoran makanan segera.

Pemandu mabuk?

Menerusi perkongsian daripada seorang pengguna Facebook, pemandu bas dipercayai memandu dalam keadaan mabuk dan laju sehingga gagal memberhentikan kenderaannya di lampu isyarat lalu merempuh mangsa.

Mangsa cari duit bantu keluarga

Berdasarkan komen daripada netizen, mangsa bekerja sambilan sebagai penghantar makanan untuk meringankan beban keluarga kerana dia merupakan anak sulung daripada tujuh orang adik-beradik.

Bas gagal dikawal pemandu

Menurut laporan Harian Metro, Ketua Polis Daerah Barat Daya, Supt A.A Anbalagan berkata bas tersebut pada awalnya telah bergesel dengan sebuah kereta di bahagian parkir berdekatan Persimpangan Kelicap sebelum melanggar sebuah lagi motosikal yang sedang parkir di kawasan itu.

Selepas meneruskan perjalanan, bas tersebut telah melanggar motosikal mangsa yang berhenti di lampu isyarat sebelum merempuh tembok.

“Selepas itu, bas yang dipercayai gagal dikawal melanggar sebuah lagi motosikal parkir di bahu jalan sebelum ke lampu isyarat Jalan Dato Ismail Hasyim.”

Ramai tak puas hati dengan pemandu bas

Bas tersebut dipercayai hilang kawalan dan mempunyai masalah brek sehingga bertindak sedemikian rupa. Setakat ini, pemandu bas sudah ditahan bagi siasatan lanjut dan saringan air kencing.

Leave a Reply

Theme by Anders Norén