Portal berita terbaik anda

Utama

Pelajar buat petisyen benarkan lelaki berambut panjang ke sekolah

BAGI pelajar sekolah, pasti semua tahu dengan peraturan tidak dibenarkan membela rambut panjang. Setiap kali spot check, pasti ramai yang akan trauma jika rambut digunting di oleh guru disiplin.

Susulan isu tersebut, seorang pelajar tingkatan 1, Darrell James membuat petisyen secara atas talian ditujukan kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad meminta supaya membenarkan pelajar lelaki berambut panjang.

Melalui petisyen tersebut, Darrel menyatakan peraturan rambut panjang tidak munasabah jika rambut melebihi paras telinga, menutupi dahi dan rambut melebihi paras hidung atau lebih 15 sentimeter dikira melanggar peraturan sekolah.

Malah katanya lagi, peraturan itu tidak lagi relavan dan tidak lagi boleh diguna pakai di abad ke-21 kerana alasan bimbang dengan jangkitan kutu sedangkan pelajar wanita dibenarkan berambut panjang.

Jelasnya lagi, masalah kutu kini boleh diselesaikan dengan penggunaan produk syampu anti kutu dipasaran.

Kataya lagi, pelajar lelaki tidak dibenarkan berambut panjang dan pelajar perempuan dibenarkan adalah diskriminasi jantina. Kementerian pendidikan sepatutnya memberi fokus atau memperbaiki persekitaran pembelajaran yang baik dan bukannya menguatkuasakan peraturan remeh.

Menerusi petisyen itu juga, dia mahu pelajar atau ibu bapa mereka dibenarkan untuk menentukan gaya rambut kerana mungkin ada keluarga miskin yang tidak mampu menampung kos memotong rambut setiap bulan.

Setakat ini, petisyen tersebut sudah mendapat tandatangan sokongan sebanyak 476. Apa pendapat anda dengan cadangan pelajar ini?

Loading...

1 Comment

  1. Peter Lee

    Peraturan tidak membenarkan pelajar lelaki berambut panjang, rasionalnya bukan disebabakan oleh kutu tetapi ianya merupakan salah satu cara mendidik pelajar berperwatakan kemas dan berketrampilan yang menarik di mata masyarakat.

    Pelajar wanita dibenarkan berambut panjang atas sebab sifat semulajadi wanita itu seharusnya berambut panjang dan secara kemanusiaannya wajar ada perbezaan di antara wanita dan lelaki. Situasi ini berkait secara langsung dengan Perlembagaan Malaysia yang mewajarkan setiap rakyatnya punya kesopanan dan kesusilaan. Seandainya wanita dan lelaki tiada perbezaan dari segi penampilan termasuk rambut maka samalah dengan haiwan.

    Perwatakan seseorang dinilai terlebih dahulu secara luaran dan biasanya manusia yang baik adalah yang baik penampilannya secara luaran. Kekemasan rambut mencerminkan perwatakan dalaman sesorang. Hal ini bersangkut paut dengan perlembagaan Malaysia yang mengutamakan budaya sihat.

    Manusia dibentuk pada peringkat kanak-kanak dan apabila cara pembentukan tidak mengikuti lunas-lunas yang tegas dan kukuh maka pasti minda akan dikuasi oleh pelbagai anasir budaya negatif yang pastinya akan membawanya kepada alam kehancuran.

    Atas kesedaran impak yang begitu tinggi terhadap nilai-nilai kemanusiaan, maka tidak wajar pelajar diberi kebebasan menentukan fesyen rambut. Ibu bapa pelajar yang membuat petisyen ini wajar bertindak memberi tunjuk ajar dan mendidik dengan lebih sempurna lagi agar tidak lagi membuat sesuatu permintaan di luar batas-batas kesopanan dan kesusilaan selaras dengan perlembagaan Malaysia yang wajib kita patuhi sebagai rakyat Malaysia.

Leave a Reply