Pekin, Mona Allen selamat bernikah

0
251

KUALA LUMPUR- Pelakon dan pengarah, Pekin Ibrahim dilaporkan sudah selamat bernikah dengan aktres Mona Allen, pada petang Jumaat.

Menurut beberapa kemas kini dari jurusolek, perunding perkahwinan dan juruinai terkenal di laman Instagram, gambar Mona atau nama sebenarnya Munna Hafiraneza Allen,28, dirakam menyarung busana perkahwinan dan berada di atas pelamin sambil menayangkan inai yang baru dipakai.

Beberapa foto pasangan mempelai makan di meja beradab dan poster yang menyatakan majlis tersebut adalah perkahwinan Mona dan Pekin juga turut tular di media sosial.

Namun begitu, tiada sebarang pengesahan atau komen berjaya didapatkan apabila kedua-duanya memilih tidak menjawab panggilan telefon daripada Kosmo!.

Pekin atau nama sebenarnya Mohd Iznan Ibrahim, 37, sebelum ini pernah bertunang dengan Uqasha Senrose sebelum hubungan itu terputus sekitar 2014. – K! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here