Portal berita terbaik anda

Utama

Pekerja TNB maut kemalangan, waris mohon saksi tampil bantu siasatan

SAKSI kepada satu kemalangan maut melibatkan seorang penunggang motosikal di Jalan Pengkalan Raja, Pontian tiga hari lepas dicari bagi membantu siasatan kejadian tersebut.

Menerusi perkongsian individu bernama Nor Amira, dia meminta jasa baik orang ramai atau sesiapa sahaja yang mempunyai rakaman ‘dashcam’ kemalangan itu agar tampil membantu pihak polis menyelesaikan kes tersebut.

“Assalamualaikum. Merujuk kepada kemalangan maut di Pengkalan Raja tiga hari lepas melibatkan seorang staff TNB yg menunggang motosikal maut di tempat kejadian, kami ahli keluarga ingin memohon bantuan tuan/puan semua sekiranya ada recording dashcam kereta tuan/puan semasa kejadian untuk dijadikan bukti.

“Mohon PM saya. Ganjaran tunai akan saya berikan kepada sesiapa yang dapat membantu mendapatkan recording dashcam yang jelas untuk kami buat siasatan ke pihak atasan.

“Mohon bantu. Mohon bantu fight untuk Hamzah. Fight untuk anak-anaknya seramai lima orang yang masih kecil dan bersekolah. Jangan bagi suspek terlepas,” tulisnya dalam hantaran tersebut.

Menurut Amira, pemandu kereta seolah-olah ‘pusing cerita’ walaupun kemalangan tersebut berlaku di atas garisan berkembar.

Katanya, suspek juga telah dibebaskan dengan jaminan polis dan sehingga kini suspek atau ahli keluarga mereka langsung tidak berjumpa waris mangsa untuk memohon maaf.

Terdahulu, seorang pekerja TNB maut di tempat kejadian selepas motosikal yang dinaikinya bertembung dengan sebuah kereta dari arah bertentangan.

Jenazah mangsa yang dikenali sebagai Hamzah Samsudin telah selamat dikebumikan pada hari yang sama di Tanah Perkburan Kampung Rambah, Pontian.

Loading...

1 Comment

  1. Nor Azian Abdul Aziz

    AL-Fatihah (dibaca) Untuk Arwah . semoga mendapat keadilan untuk arwah.

Leave a Reply