Cempedak Cheese

Portal berita terbaik anda

Viral

Pekerja Ninso ‘mengamuk’ selepas diherdik pelanggan

SEORANG pekerja di sebuah kedai serbaneka jualan murah ‘mengamuk’ dengan seorang pelanggan di premis itu dalam satu insiden yang dikatakan berlaku di Batu Pahat, Johor semalam.

Pekerja terbabit yang merupakan seorang gadis berusia lingkungan 20an bertindak melempar papan tanda diletakkan di atas kaunter ke arah pelanggan tersebut yang juga seorang wanita.

Pekerja terbabit berang selepas wanita itu merakam wajahnya menggunakan telefon bimbit.

Berdasarkan maklumat yang tersebar di laman sosial menerusi video yang tular, insiden dikatakan berlaku di Ninso.

Menerusi audio, pertengkaran dipercayai tercetus gara-gara pelanggan berkenaan melakukan provokasi terhadap pekerja terbabit.

Pekerja itu memberitahu rakannya yang dia sedang sibuk melayan pelanggan lain sebelum wanita itu memarahinya dan keadaan bertukar menjadi kecoh.

Perkara itu telah mengundang teguran daripada pekerja terbabit yang akhirnya menimbulkan rasa tidak puas hati pelanggan itu.

Pelanggan itu turut mengherdik pekerja terbabit dengan mengatakan pekerja tersebut sebagai seorang yang ‘kurang ajar’.

Sehingga diakhir rakaman, pelanggan berkenaan yang tidak berpuas hati meminta supaya pekerja di situ menemukannya dengan ketua mereka.

Bagaimanapun, keadaan reda selepas beberapa pekerja lelaki cuba menenangkan rakannya itu meskipun pelanggan tersebut masih belum berpuas hati. – MalaysiaGazette

Leave a Reply

Theme by Anders Norén