Portal berita terbaik anda

Utama

Peguam Negara Tommy Thomas letak jawatan

Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas telah meletak jawatan ketika Malaysia sedang menentukan Perdana Menteri yang baharu.

Thomas mengemukakan surat peletakan jawatannya kepada Tun Dr Mahathir Mohamad yang melantiknya untuk jawatan itu selama dua tahun yang berakhir pada bulan Jun.

Sejak pelantikannya, Thomas kerap mencetuskan kontroversi termasuklah yang terbaru menggugurkan pertuduhan ke atas 12 individu terlibat dengan kumpulan militan Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE).

Kes tersebut menarik perhatian ramai kerana turut melibatkan beberapa Adun dan Ahli Parlimen DAP.

Selain itu, beliau turut membebaskan Lim Guan Eng dari tuduhan rasuah dan salah guna kuasa walaupun jelas ada bukti untuk mengaitkan bekas menteri kewangan itu.

Pendakwaan terpilih dan berat sebelah beliau menyebabkan netizen melancarkan petisyen menggesa Perdana Menteri agar memecat beliau supaya kedaulatan undang-undang terpelihara.

Loading...

Leave a Reply