Cempedak Cheese

Portal berita terbaik anda

Utama

Peguam dedah Da’i Farhan ceraikan isteri pertama sarat hamil melalui Whatsapp

Sejak minggu lalu, juara rancangan dakwah Da’i musim kedua iaitu Nik Ahmad Farhan Nik Mohamad menjadi bualan netizen apabila menjadikan janda beranak lapan sebagai isteri kedua.

Terbaru, peguam dan aktivis wanita Asiah Abd Jalil mendedahkan bahawa pendakwah yang dikenali sebagai Da’i Farhan itu telah menceraikan isteri pertamanya Fatin Nurul Ain yang sedang sarat hamil anak kedua dengan talak satu.

Menerusi laman Facebook miliknya, wanita tersebut juga mendakwa pendakwah berusia 29 tahun itu melafazkan cerai melalui ‘voice note’ aplikasi WhatsApp malah beliau mengakui telah mendengar rakaman berkenaan.

Beliau mendakwa, nusyuz dan memfitnah suami adalah sebab utama Da’i Farhan mengambil keputusan untuk menceraikan isteri pertamanya.

Lebih mengejutkan apabila Fatin mendakwa pernah dipukul dan dikurung oleh pendakwah tersebut pada 22 November lalu namun ahli keluarga telah membuat laporan polis.

Terdahulu, pernikahan kedua yang berlangsung di Tanah Suci Makkah itu mengundang kecaman ramai apabila timbul dakwaan mengatakan ikatan tersebut tidak diketahui isteri pertama.

Loading...

Leave a Reply

Theme by Anders Norén