Pegawai Kesihatan Daerah Rembau, Dr Artim Armima meninggal dunia

PEGAWAI Kesihatan Daerah Rembau, Dr Artim Armima Abd Rasid, 47, meninggal dunia akibat kanser payudara, pagi tadi.

Allahyarhamah yang menderita penyakit itu sejak 2015 mengembuskan nafas terakhir pada 7.55 pagi.

Difahamkan, Allahyarhamah Dr Artim Armima yang menyandang jawatan Pakar Perubatan Kesihatan Awam UD54 telah memulakan khidmat sebagai Pegawai Kesihatan Daerah di Pejabat Kesihatan Daerah Rembau pada 31 Januari 2020.

Allahyarhamah yang berkelulusan Ijazah Perubatan dari Royal College of Surgeon of Ireland meninggalkan seorang suami serta lima orang cahaya mata.

Sementara itu, pengurusan tertinggi dan seluruh warga kerja Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarhamah.

“Al-Fatihah. Ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Dr Artim Armima Abd Rasid, Pegawai Kesihatan Daerah Rembau yang telah kembali ke rahmatullah pada 7 Jun 2021.

“Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Salam takziah Pengurusan Tertinggi dan seluruh Warga Kerja KKM,” katanya.

Loading...
Published
Categorized as Utama

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *