Portal berita terbaik anda

Nahas & Bencana

Pegawai kastam maut rempuh pengadang jalan

HULU SELANGOR – Seorang pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) maut apabila kereta yang dipandunya merempuh penghadang jalan di Kilometer 405.5 Lebuhraya Utara-Selatan, arah Selatan di sini pada Sabtu.

Mangsa yang dikenali sebagai Muhammad Nazirul Syafiq, 28, bertugas sebagai pegawai di Cawangan Import Eksport JKDM Bukit Kayu Hitam, Kedah.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Selangor, Superintendan Azman Shariat berkata, kemalangan berlaku kira-kira jam 9.40 malam.

“Siasatan awal mendapati mangsa dalam perjalanan dari Bukit Kayu Hitam menghala ke Kajang memandu kereta jenis Proton Satria Neo seorang diri.

“Tiba di tempat kejadian, mangsa gagal mengawal kenderaannya lalu terbabas melanggar penghadang besi sebelah kiri lebuh raya berkenaan,” katanya menerusi satu kenyataan pada Ahad.

Beliau berkata, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Mayat dibawa ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk proses selanjutnya.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Loading...

Leave a Reply