Cempedak Cheese

Portal berita terbaik anda

Utama

Gagal ‘pau’ RM5, lelaki mengaku pegawai DBKL pukul, sepak peniaga tua

Viral di media sosial, video yang menunjukkan seorang lelaki memarahi peniaga warga asing dipercayai kerana peniaga itu tidak menyerahkan wang sebanyak RM5 kepadanya.

Lelaki yang memakai baju berwarna merah itu mengaku dirinya sebagai penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBK).

Namun, tindakannya yang kurang ajar itu mengundang kemarahan orang awam di sekeliling.

Berdasarkan satu perkongsian di Facebook, lelaki berkenaan kerap memeras ugut para peniaga yang berniaga di kaki lima tersebut.

Cerita sebenar, punca RM5. Kalau betul pun awak tu Penguat Kuasa DBKL, perlu ke dia diperlakukan seperti itu? Ye mungkin dia salah tetapi tak boleh ke cakap baik-baik? Pakcik itu pun aku kenal, bukan jenis banyak cakap.

Yang konon mengaku diri itu penguat kuasa DBKL, kalau betul tunjukkanlah kad kuasa DBKL ke apa ke, uniform ke. Dia ada kawan DBKL tu je.

Dia tak dapat pau pakcik tu RM5. Kalau nak niaga situ bagi RM5. Tapi pakcik tu tak nak bagi. Tu yang dia buka silat tadi tu. Dia duk call orang, sampai tiga orang dia call. Entah siapa dia call. Cakap “Bang, bawa lori”. Tiga kali dia call, pastu tunjuk kat pakcik bangla yang menyaksikan kejadian. Dia cakap, “You tengok saya call siapa? Penguat kuasa”, orang itu pun anggukan saja.

Call pun pakai call WhatsApp. Haha. Ramai orang komplen yang dia ni suka pau orang. Hari-hari datang kacau. Memanglah pakcik itu salah tetapi kalau betul kau penguat kuasa, tangkap sajalah dia. Dia pun tak tunjuk apa-apa kad. Orang-orang Kota Raya kenal dia ni, asyik cakap “Kau tahu aku siapa?”. Then pakcik itu jawab, “Siapa?”.

“Apa? Aku penguat kuasa. Kau tunggu kejap. Aku panggil lori.”

Pastu dia siap tendang box pakcik ni, siap ludah. Boleh dengar dengan jelas dia cakap dia penguat kuasa. Kalau betul, wajar ke?

Kepada yang tanya kenapa tak tolong dan cuma merakam, ini jawapannya:

1. Kita dah tolong sebelum rakam video ini lagi, dah leraikan tetapi dia masih melawan lagi sebab tu terfikir nak rakam video. Biar orang tahu. Ada yang tarik diorang ni daripada bergaduh. Tetapi ditolak sampai ada yang kena pukul.

2. Sebab dia mengaku dia penguat kuasa DBKL. So depan ni jadi takutlah nak masuk campur. Takut kena sapu, kan orang tu kata nak bawa lori.

3. Saya pun baru tahu selepas diorang ni bergaduh yang pakcik baju merah tu suka mengacau orang.

4. Kalau kita dah tahu siapa dia ni, silap-silap dia jadi sardin kena tibai. Sekian.

Sumber: Tia Fateha

Leave a Reply

Theme by Anders Norén