PDRM pantau individu layari laman web lucah

0
229

Jaga-jaga dengan apa yang anda lakukan di alam maya. Polis Diraja Malaysia hari ini mengumumkan pihak mereka akan memantau laman-laman web pornografi dengan menggunakan alat pemantauan internet.

Alat ini dapat mengesan dan mengenal pasti pengguna yang melayari laman lucah di dalam negara dan ia di bawah bidang kuasa unit Penyiasatan Jenayah Internet Malaysia.(MICAC).

Unit ini dipertanggungjawabkan untuk mengendalikan alat tersebut dan memantau pengguna yang melayari laman pornografi, terutama sekali jika ianya melibatkan pornografi kanak-kanak.

Dilancarkan pada bulan Februari, ia merupakan salah satu cara untuk melawan eksploitasi seksual kanak-kanak terutamanya di laman media sosial.

Alat ini akan berfungsi selama 24 jam, segala maklumat akan dikumpulkan seperti lokasi laman akses, portal yang mereka lawati, masa yang dihabiskan di lawan web dan fail yang mereka muat naik dan muat turun. Ini adalah untuk memastikan mereka boleh didakwa apabila pihak polis mempunyai maklumat yang mencukupi.

Selain itu unit ini juga bakal menukar maklumat dengan agensi tempatan dan antarabangsa. Nampak ini salah satu inisentif yang bagus untuk PDRM untuk mencari penjenayah salahlaku seksual.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here