Portal berita terbaik anda

Viral

Pasangan ini bersihkan pantai setiap kali pulang ke kampung

KUALA NERUS – Seringkali kita melihat keadaan pantai di Malaysia yang tercemar berikutan sampah sarap yang bertebaran di sekitar pantai. Tidak hanya menjijikkan permandangan, kehadiran sampah sarap yang banyak ini turut menjejaskan kehidupan laut.

Seorang pengguna Facebook, Sharifah Nurul Aqilah telah berkongsi rutin beliau setiap kali pulang ke kampung halamannya di Pantai Pengkalan Maras, di sini dengan menjalankan aktiviti plogging bersama keluarganya.

Untuk pengetahuan, plogging merujuk kepada gabungan dua perkataan iaitu jogging dan picking up litter. Melalui aktiviti yang dijalankan, mereka akan mengutip sampah yang berada di sekitar pantai sambil beriadah.

Tujuannya, disamping membersihkan pantai demi menjaga ekosistem kehidupan laut, mereka juga berharap perkongsian mereka ini mampu memberi kesedaran pada anak-anak dan generasi akan datang serta masyarakat setempat pada kebersihan.

Menurut Sharifah Nurul Aqilah, antara sampah yang kerap dijumpai termasuklah pampers, botol air, kotak rokok, straw, gabus bekas ikan dan lain-lain lagi.

Berdasarkan perkongsian, tidak semua sampah yang berada di pantai hadir daripada pengunjung pantai sebaliknya datang daripada kapal-kapal di laut serta pulau-pulau sekitar dimana sampah dihanyutkan oleh ombak dan singgah di pantai berhampiran.

Perkongsian yang dibuat ini tidak lain dan tidak bukan untuk memberi kesedaran kepada orang ramai untuk sama-sama menjaga kebersihan pantai dan tidak membuang sampah merata-rata demi menjaga kehidupan laut di samping menghargai jasa cleaner.

Loading...

Leave a Reply