Portal berita terbaik anda

Utama

Pasangan disangka suami isteri maut dalam kebakaran masih belum berkahwin

PUTRAJAYA – Siasatan kes kematian seorang lelaki dan wanita yang disangka pengantin baharu dalam kebakaran di sebuah rumah teres di Taman Desa Vista, Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang kelmarin bertambah rumit apabila kedua-dua mereka disahkan masih belum berkahwin.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata, siasatan awal mendapati mereka masih belum mempuyai sebarang ikatan dan merancang majlis perkahwinan pada Jumaat ini.

“Mangsa lelaki, Wan Baharul Nizam Wan Bakar, 35, merupakan seorang duda dan mempunyai tiga orang anak. Dia juga telah berpisah dengan isteri pertamanya dua tahun lalu.

“Punca kematiannya menerusi hasil bedah siasat mendapati mangsa lemas akibat asap kebakaran,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Online sebentar tadi.

Tambah Fadzil, siasatan lanjut terhadap kes itu masih dijalankan.

Akhbar Kosmo! hari ini melaporkan, kes kematian lelaki dan wanita itu diklasifikasikan sebagai kes bunuh.

Hasil laporan awal bedah siasat terhadap mayat Norwahidah Abdul Hamid, 28, mendapati ada unsur jenayah apabila terdapat kesan kecederaan akibat hentakan benda keras di kepalanya.

Polis sedang dalam proses merekod beberapa keterangan individu di tempat kejadian bagi membantu siasatan kes tersebut.

Kertas siasatan kes tersebut telah dibuka mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh – K! ONLINE

Loading...

Leave a Reply