Portal berita terbaik anda

Politik

PAS bawa perpecahan dalam Islam – Tun M

PAS dipersalahkan kerana membawa perpecahan dalam masyarakat Melayu dengan ajarannya yang kurang jelas, kata Dr Mahathir Mohamad dalam catatan di blognya menjelaskan mengapa beliau menolak parti Islam yang cuba didekati Umno.

Beliau berkata PAS tidak boleh dimaafkan kerana menyebabkan perpecahan dalam kalangan Melayu Islam dengan ajaran yang bukan berlandaskan Islam tetapi hanya kepada kata-kata pemimpin mereka.

“Hanya apabila PAS ditubuh barulah orang Melayu berpecah dan terpisah kepada dua puak yang bermusuh ketat. Perpecahan ini jugalah yang melemahkan orang Melayu.

“Penerimaan ajaran pemimpin dan parti lebih utama dari ajaran Islam. Sebab itu walaupun Al Quran menyebut bahawa orang Islam itu bersaudara, ahli PAS sanggup bermusuh dengan orang Islam lain kerana ajaran oleh pemimpin PAS.

“Bukan Islam yang memecah orang Melayu tetapi politik PAS yang membawa perpecahan kepada mereka,” tulis perdana menteri di blog peribadinya.

Postingnya itu dibuat ketika Umno dan PAS menjalin kerjasama politik, dengan presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi hadir pada pembukaan kongres tahunan parti Islam itu di Kuala Terengganu minggu lalu.

Dr Mahathir berkata kerjasama politik atau “tahaluf siyasi” yang cuba dibentuk oleh PAS dan Umno adalah sama dengan dengan apa yang dilakukan oleh Umno apabila bekerjasama dengan MCA dan MIC di bawah Barisan Nasional.

Tetapi kini PAS cuba mengesahkan kerjasama itu dengan Umno dengan menggunakan bahasa Arab dan istilah Islam.

Beliau menegaskan PAS, khususnya presidennya Abdul Hadi Awang, yang pada masa lalu telah menggelar Umno dan BN “kafir”.

Dr Mahathir juga menyatakan tidak seperti Umno ketika zaman pemerintahan British, PAS mendakwa Malaya masih belum layak untuk mendapat kemerdekaan

PAS mendakwa Malaya belum layak mendapat kemerdekaan. Hasilnya ialah kemenangan besar Perikatan (pada pilihan raya umum 1955),” katanya merujuk kepada pakatan pendahulu BN.

PAS memenangi hanya satu kerusi, jelas penolakan kemerdekaan merugikan PAS, tambah Dr Mahathir.

“Maka bermulalah Agama Islam diperalatkan sepenuhnya untuk menarik sokongan orang Melayu. – 19 September, 2018

Loading...

Leave a Reply