Partiban sah sertai pasukan Perak

0
172

IPOH – Pemain tengah Terengganu, J. Partiban menjadi pemain baru pertama yang ditandatangani pasukan Perak sebagai persediaan untuk menghadapi saingan Liga- Malaysia (Liga-M) musim depan.

Dalam kenyataannya, Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa) berkata, Partiban, 26, bekas pemain Perak yang berhijrah ke Terengganu empat tahun lalu kini mahu berkhidmat semula dengan pasukan negeri kelahirannya.

“Partiban menandatangani kontrak setahun bersama skuad The Bos Gaurus,” kata kenyataan Pafa.

Majlis menandatangani perjanjian diadakan di Pejabat Pafa, di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here