Cempedak Cheese

Portal berita terbaik anda

Politik

Papagomo tawar diri tanding exco Pemuda Umno

SHAH ALAM – Blogger kontroversi, Wan Muhammad Azri Wan Deris atau lebih dikenali dengan nama Papagomo menawarkan dirinya sebagai calon bagi jawatan Exco Pemuda Umno.

Melalui kemas kini status di Facebooknya semalam, Ahli Jawatankuasa Umno Bahagian Wangsa Maju itu cuba meraih sokongan ahli parti dengan memilih tema berani bertanggungjawab dan berkorban.

“Saya menawarkan diri bagi jawatan Exco Pemuda Umno pada pemilihan penggal 2018-2021.

“Dengan penuh rendah diri, saya memohon sokongan daripada semua ahli Umno untuk memberikan saya peluang berkhidmat dan bangkit bersama barisan kepimpinan Pemuda Umno,” katanya.

Dalam ruangan komen, Wan Muhammad Azri, 35 sempat membalas beberapa pandangan yang dilontarkan kepadanya susulan pengumuman itu.

“Ada orang suka kita, ada orang benci kita. Itu lumrah dalam hidup namun apa yang pasti kita adalah kita dan hidup dengan acuan sendiri.

“Terima kasih kepada yang komen sama ada sokong atau tidak, hina atau maki aku,” katanya.

Menurut Wan Muhammad Azri, dia sedar tugas berat sedang menantinya sekiranya dia terpilih sebagai Exco Pemuda untuk membangkitkan Umno kembali.

“Apa pun aku mahu Umno bangkit dan diterima kembali oleh rakyat. Aku yakin aku boleh membantu dengan pengalaman yang ada selama ini,” katanya.

Selain Wan Muhammad Azri, beberapa ahli Umno lain turut menawarkan diri bertanding bagi jawatan Exco antaranya Tokoh Belia Kelantan 2018, Ikmal Hazlan Ikmal Hisham; Ketua Pemuda Umno Bahagian Temerloh, Azril RIzal Yusof Mohd Sarit dan Presiden Gerakan Belia Gagasan 1Malaysia, Datuk Shahrul Nasrun Kamarudin.

Leave a Reply

Theme by Anders Norén