Portal berita terbaik anda

Politik

PAN sedia jadi benteng pertahan DAP

SHAH ALAM – Parti Amanah Negara (PAN) sedia menjadi benteng pertahanan DAP yang sering ditohmah dan difitnah mengamalkan ekstremis perkauman, kata perwakilan PAN Selangor, Jamzuri Ardani.

Jamzuri ketika berucap di Konvensyen PAN hari ini berkata, BN akan menggunakan modal politik yang sama dalam PRU14 dengan menuduh DAP sebagai parti perkauman.

Menurutnya lagi, DAP bukan sahaja diserang oleh BN, sebaliknya turut menghadapi serangan oleh Pas sejak parti Islam itu tidak lagi bersama Pakatan Rakyat.

“Isu ini digunakan Umno untuk membunuh pakatan dan PAN perlu berdepan dengan pengundi Melayu untuk meyakinkan mereka DAP bukan ancaman kepada negara, Melayu dan Islam.

“Kita kena berhujah atas fakta dan kebenaran untuk menangkis sentimen kebencian dan prasangka baru yang disebarkan Umno dan sekutu baharu mereka. Menghapuskan pemikiran politik kebencian ini ‘core business’ politik PAN,” katanya ketika membahaskan ucapan presiden di sini, hari ini.

Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak pada Persidangan Agung Umno 2016 (PAU2016) awal Disember lalu mengingatkan kaum Melayu dan Islam menolak politik DAP yang disifatkan sebagai bahaya dan bakal menghakis keistimewaan serta hak diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan.

Jamzuri dalam masa sama turut mengingatkan kepimpinan Pakatan Harapan supaya tidak mengambil masa terlalu lama untuk menentukan soal pembahagian kerusi calon pembangkang.

“Kita kena perkuat dan teguhkan Pakatan, buat keputusan yang jelas. Jangan membuang masa dengan mainan politik yang membosankan, ‘ding-dong’ di sana sini, tunggu sana sini.

“Kalau mahu guna 1 logo, segera muktamadkan. Kalau mahu guna satu manifesto pun kita lancarkan. Pembahagian kerusi kena muktamadkan segera. Ini tanggungjawab pimpinan PH,” katanya.

Sumber: sinar harian

Loading...

4 Comments

  1. Zainuri

    *Kes Rasuah Terowong Dasar Laut Pulau Pinang Dari Transkrip OKT.*

    Dari keterangan OKT, Zarul Ahmad Mohd Zulkifli bukan sahaja kos projek RM6.3b telah ditentukan lebih awal malah Syarikat SPV Terowong P.Pinang telah diberikan 50 ekar tanah milik K.Negeri P.P. dengan harga RM2.83b jauh bezanya dari nilai GDV tanah tersebut iaitu RM15b.

    *Jadi bagi mempengaruhi kelulusan awalan OKT telah “merasuah” individu-individu tersebut :*

    1. Lim Guan Eng (MOF) ditawarkan 10% komisen projek serta diberi wang tunai RM400,000 pada April & Ogos 2013.

    2. Chow Kon Yow (KM), Dr Ramasamy Palanisamy (TKM2), Abdul Malik Kassim (Exco), Lim Hock Seng (Exco) masing-masing telah menerima RM50,000 pada April 2013.

    Patut ada pihak lagak umpama jurucakap syarikat Zurich BUCG dulu, AG Tommy Thomas adakah kes ini NFA ?

    Bagi keterangan lanjut boleh baca transkrip OKT & link berikut

    Nantikan sambungan bahagian 2..

    https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2489083657786452&id=100000545255174

  2. XUMNO

    Bila dah lama hidup sekandang dengan DAP, susah nak bezakan PAN dengan spesis yang ada dalam kandang tu. Orang Tua2 dulu pernah nasihat, nak jadi baik berkawanlah dengan orang baik2, nak jadi jahat berkawanlah dengan penipu, pemfitnah, dan penyamun. Pemimpin2 PAN ni bukan saja hilang adab sejak berpelukan dengan DAP, tapi perangai pun berubah jadi macam orang tak berakhlak langsung menghemburkan kata2 jijik dan jelik terutama pada pemimpin2 dan parti PAS yang bertahun beri mereka makan dengan wang yang hulurkan oleh ahli2 Pas yang miskin dan dilantik jadi pemimpin2. Malah mereka sekarang lebih teruk dari anjing gila menyalak bilamana tuannya DAP diusik. Menyedihkan.

    • Azli slias

      Inilah dikatakan melayu lupa diri .. ads bsngsa melayu bsngsa ultra kiasu di sokong .. sedar2lah kaum melayu .

  3. Mat

    Xtahu lah, kalau ada makhluk manusia yg masih sokong Ph…22 bulan tlh terbukti melayu & islam cuba diranapkan oleh DAP..pemimpin2 PAN,,anda smua pegi terjun laut lah.bia mati smua.anda smua sampah masyarakat

Leave a Reply