PAN anggap kes ‘rasuah’ pegawai Mat Sabu selesai

0
212

KUALA LUMPUR – Isu melibatkan pegawai kanan Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu yang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bulan lalu, dianggap sudah selesai.

Setiausaha Agung Amanah, Mohd Anuar Mohd Tahir berkata, pemilihan pegawai berkenaan telah ditapis Pejabat Perdana Menteri dan individu tersebut juga sudah mengangkat sumpah jawatan.

“Semua pegawai yang dilantik menteri ditapis oleh (pejabat) perdana menteri sebab selepas itu mereka akan angkat sumpah di depan perdana menteri, terutama setiausaha menteri.

“Jadi kalau ada laporan, orang akan lapor, lepas itu SPRM akan siasat dan perdana menteri sendiri luluskan dan beliau yang angkat sumpah sebagai setiausaha politik jadi isu ini dah ‘clear’,” katanya dipetik menerusi portal Malaysiakini, pada sidang media di Wisma Amanah, hari ini.

Pada 14 Ogos lalu, media tempatan melaporkan seorang pegawai kanan Mohamad disiasat ekoran dakwaan dia menerima wang kira-kira RM800,00 daripada beberapa pihak untuk membantu menyelesaikan hutang serta membebaskannya daripada status muflis.

Susulan itu, Mohamad mengalu-alukan siasatan SPRM terhadap sesiapa sahaja di kementeriannya mahupun pejabat beliau.

Dalam pada itu, Mohd Anuar berpandangan, isu itu sengaja diperbesarkan bagi menjejaskan nama baik Mat Sabu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here