Portal berita terbaik anda

Politik

Pamimpin PAN pertahan lantikan politik zaman PH

Timbalan Ketua Pemuda PAN, Faiz Fadzil, mempertahankan lantikan politik untuk syarikat berkaitan kerajaan (GLC) sewaktu era pemerintahan kerajaan Pakatan Harapan (PH) walaupun ianya bertentangan dengan manifesto pilihan raya mereka.

Menurut Faiz, lantikan politik PH berbeza dengan dengan Perikatan Nasional (PN) kerana ia dibuat ke atas badan bukan komersial.

“Sebagai contoh, di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MOA) ada, tapi ia agensi kerajaan yang kakitangannya merupakan penjawat awam.

“Badan itu bertujuan untuk menguruskan hal ehwal kumpulan sasar di bawah MOA,” katanya.

Faiz yang juga bekas pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) menambah GLC yang ditubuhkan dengan tujuan komersial harus diterajui oleh golongan profesional.

“Oleh kerana GLC itu ditubuhkan bagi menjalankan perniagaan, ia seharusnya diterajui golongan teknokrat atau profesional supaya ia dapat menjalankan fungsi sebenar, bukannya tempat memberi habuan politik,” kata Faiz.

Mengulas mengenai lantikan politik dalam GLC kini, Faiz berkata kerajaan PN tiada wawasan membawa perubahan seperti yang dilaksanakan kerajaan PH.

“Kebobrokan urus tadbir GLC yang berlaku sebelum ini sehingga wujud penyelewengan dan kerugian dibimbangi berulang jika wujud campur tangan politik seperti sekarang.

“Negara tidak akan maju jika reformasi insitusi tidak dilakukan PN, apatah lagi lantikan politik ini bukanlah dipilih rakyat kerana parti politik di dalam kerajaan PN adalah parti politik yang kalah dalam PRU yang lalu,” tambahnya lagi.

Loading...

Leave a Reply