Portal berita terbaik anda

Utama

Paling tinggi, 108 pesakit Covid-19 sembuh dan dibenar keluar hospital hari ini

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mencatatkan jumlah kes pulih daripada jangkitan COVID-19 paling tinggi setakat ini iaitu sebanyak 108 kes berbanding sebelum ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kesemua mereka telah dibenarkan discaj sekali gus menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya COVID-19 sebanyak 645 kes.

“Kalau kita tengok jumlah hari ini merupakan jumlah terbesar iaitu 108 kes menjadikan kadar discaj terbesar setakat ini iaitu 22.2 peratus daripada jumlah keseluruhan kes,” katanya dalam sidang media harian di sini pada Rabu.

Menurut Dr Noor Hisham, setakat 5 petang hari ini juga jumlah kematian ialah 45 orang, iaitu peningkatan sebanyak dua kes.

“Kes kematian ke-44 (kes ke-193) merupakan perempuan warganegara Malaysia berumur 80 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit kencing manis, darah tinggi dan penyakit jantung.

“Kes kematian ke-45 (kes ke-1053) pula merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 62 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit kencing manis dan darah tinggi. Beliau mempunyai sejarah kontak rapat dengan kes positif COVID-19 (kes ke-486),” katanya.

Sebanyak 142 kes baharu juga dilaporkan menjadikan jumlah kes positif Covid-19 di Malaysia sebanyak 2,908 kes.

Loading...

Leave a Reply