Cempedak Cheese

Portal berita terbaik anda

Viral

Pakcik ubahsuai pintu kereta Myvi, boleh dibuka macam Lamborghini!

SEBUT saja Myvi, pasti ramai akan memberi maklum balas ‘A’ kerana kereta kompak buatan Malaysia keluaran Perodua itu berjaya memenangi hati rakyat sejak bertahun yang lalu.

Ia juga sering menjadi ‘mangsa’ untuk diubahsuai bagi memenuhi citarasa pemiliknya.

Baru-baru ini, tular di media sosial video sebuah kereta Myvi telah diubahsuai pada bahagian pintunya agar dapat dibuka seperti kenderaan super, Lamborghini.

Jika biasanya pintu kereta dibuka dengan menolak ke tepi, Myvi unik milik seorang lelaki India itu dibuka secara menegak ke atas.

Menurut lelaki itu, dia menghabiskan sejumlah RM2,800 bagi mendapatkan pintu seperti itu.

Berikutan itu, netizen yang menonton video tersebut meluahkan rasa teruja dengan cara Myvi itu diubahsuai malah ada yang menyatakan kesanggupan untuk memiliki pintu Myvi yang sama.

Sejak ditularkan, video tersebut telah mendapat sebanyak 86,700 tontonan dan 11,600 ulang kicau.

Namun, sedikit pesanan kepada sesiapa yang ingin mengubahsuai kenderaan agar memastikan tidak melanggar syarat dan tidak membahayakan orang sekeliling. Tak pasal-pasal nanti kena saman dengan pihak berkuasa pulak!

Leave a Reply

Theme by Anders Norén