Portal berita terbaik anda

Politik

Orang Melayu sokong Pas dan UMNO buta dan tuli, kata Mahathir

SHAH ALAM – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamed mendakwa orang Melayu yang mengundi serta masih menyokong dua parti terbesar bangsa tersebut iaitu UMNO dan Pas sebagai buta dan tuli.

Beliau yang selama ini 22 tahun menjadi Perdana Menteri ketika bersama UMNO mendakwa, para penyokong kedua-dua parti itu juga fanatik sehingga tidak mahu menerima pendedahan mengenai kleptoksi.

“Mereka sokong secara membuta tuli, bila kita kata curi duit rakyat, mereka percaya Tok Arab bagi, Tok Arab gila mana yang bagi,” katanya dalam program Bicara Minda anjuran Kumpulan Karangkraf di sini hari ini. – Utusan Online

Ramai orang Melayu pemalas, kata Mahathir

Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengulangi ucapan “Melayu malas”, di hadapan 800 perwakilan Pemuda PPBM yang bersidang sempena mesyuarat agung tahunan sayap parti Melayu itu di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya.

Pengerusi PPBM itu berkata sikap malas orang Melayu menyebabkan mereka jauh ketinggalan dalam pelbagai bidang khususnya ekonomi yang kini dimonopoli kaum lain.

“Kita dapati bahawa di negara ini orang Melayu dan Bumiputera lain ketinggalan, kita tidak boleh nafikan hakikat itu bahawa di negara kita sendiri kita ketinggalan.

“Ya, kita sanggup berkongsi negara kita dengan kaum yang lain yang memilih untuk bermastautin di negara kita. Tetapi yang anehnya ialah kita sekarang ini tidak setaraf dengan mereka.

“Kenapa mereka berjaya dan kita tidak berjaya?,” katanya dalam ucapan sesi penutup perbahasan Pemuda PPBM.

Beliau memohon Pemuda PPBM dan generasi muda lain menukar personaliti orang Melayu ke arah yang lebih berjaya selepas ini.

Dr Mahathir dalam pada itu turut menyalahkan kerajaan dulu kerana kerap memanjakan orang Melayu dan Bumiputera melalui pelbagai pertolongan termasuk bantuan wang. Beliau berkata pertolongan itu “memerangkap” orang Melayu, menjadikan mereka malas dan ketinggalan.

“Kita tidak suka cara yang susah. Kita nak yang mudah. Kalau boleh kekayaan itu datang bergolek kepada kita dan apabila ianya datang bergolek maka kita akan tunggu banyak lagi akan datang.

“Itu yang dilakukan pemerintah dulu, mereka kenal sifat yang ada pada orang Melayu yang suka cari jalan senang dan mereka hulurkan wang berbilion-bilion yang dicuri daripada kita juga dan kita amat seronok menerima wang yang dicuri dari kita juga,” katanya.

Sebelum ini pada September, Dr Mahathir di ulang tahun PPBM dilapor berkata Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang memberi banyak peluang dan bantuan kepada orang Melayu gagal kerana mereka malas.

Beliau berkata orang Melayu tidak bekerja sekuat orang lain dan tidak mengambil berat terhadap aspek tanggungjawab, selain lemah menguasai ilmu serta maklumat yang diperlukan.

Loading...

Leave a Reply