Cempedak Cheese

Portal berita terbaik anda

Viral

Nyawa tolak tepi, lelaki OKU merangkak selamatkan anak kucing

Walaupun memiliki kekurangan dari segi fizikal tidak menghalang niat murni seorang atlet paralimpik Sabah, Abu Fathiyyaturahma untuk menyelamatkan seekor anak kucing yang hampir terjatuh ke dalam longkang besar.

Menerusi laman Facebook, dia memuat naik video yang memaparkan dirinya merangkak turun ke bawah cerun untuk membawa naik anak kucing yang berpaut pada dinding longkang tersebut.

Video berdurasi dua minit itu dirakam oleh rakannya yang juga merupakan individu kelainan upaya kerana tidak dapat membantu akibat cerun yang terlalu curam.

“Pagi tadi (Sabtu) masa dalam perjalanan ke kompleks sukan Likas, kami ternampak sekor anak kucing yang terjatuh dalam longkang besar.

“Anak kucing itu sedang berpaut kuat di dinding longkang dengan basah kuyup entah sejak bila. Saya pun cuba naikkan kucing tu ke atas, Alhamdulillah kami dapat bantu dia naik.

“Sahabat saya yang merakam video ni juga seorang OKU pengguna kaki palsu, dia tidak boleh turun untuk selamatkan anak kucing tu, jadi saya buat keputusan untuk turun selamatkan,” tulisnya.

Posting berkenaan tular di Facebook dengan mendapat lebih 850 perkongsian serta dipuji netizen atas tindakan murni itu.


Sumber: Abu Fathiyyaturahma

Loading...

Leave a Reply

Theme by Anders Norén