Kongsi gambar tuala wanita, netizen meluat dengan Sajat

SATU demi satu kontroversi menghimpit diri usahawan yang dikenali sebagai Nur Sajat, tetapi beliau masih tetap gigih berusaha membuktikan dirinya seorang wanita meskipun nama lelakinya sudah diketahui ramai.

Terbaru, Sajat memuat naik foto tuala wanita yang baru dibeli dengan beberapa barangan lain. Menurutnya, ketiga-tiga barangan tersebut merupakan barang yang paling penting buat dirinya dan pasti akan dibawa kemana sahaja beliau pergi.

Foto tersebut mengundang kecaman netizen yang sudah meluat dengan sikap Sajat dan turut mempersoalkan status jantinanya. Iyalah, seorang perempuan tulen tentunya merasa segan untuk menayang foto tuala wanita secara terbuka.

Sajat mungkin sudah lali dan kebal dengan segala kritikan. Apa-apa pun, kita doakan satu hari nanti beliau boleh berubah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *