Portal berita terbaik anda

Viral

‘Apakah Sajat mahu mencabar kuasa Allah?’ – PU Amin

Beberapa hari yang lalu, usahawan kosmetik Nur Sajat telah memuat naik videonya sedang bergelek dengan hanya memakai bikini di atas sebuah kapal persiaran di Pantai Beirut, Lubnan.

Berikutan itu, Sajat dikecam hebat oleh netizen di media sosial.

Video tersebut turut menarik perhatian PU Amin yang tampil menegur perbuatan Sajat kerana tidak sensitif dengan bulan Rabiul Awal, iaitu bulan kelahiran Nabi Muhammad SAW.

Ikuti perkongsian PU Amin menerusi IGnya di bawah:

Bulan Rabiul Awal, bulan kelahiran Nabi dicemarkan dengan video gelek berdurasi 35 saat oleh Sajat . Dalam 12 jam video gelek ber’background’ lagu Arab dapat 422k tontonan di Facebook. Nyata budak budak kecik sampai orang tua menonton video gelek ini.

Ya Rabb! Di atas laut itu. laut yang pernah menjahamkan manusia. Boleh memusnahkan manusia. Bersaksikan langit yang terbuka, dijaga malaikat pemelihara rahmat, di lantai kan laut yang bertasbih dan berzikir pada Tuhan. Dia sanggup?

Apakah Sajat mahu mencabar Allah?

Aku hanya mampu menulis, kalau aku buat video netizen kata aku dakwah kasar tak macam Nabi SAW.

Kurang ajar dengan ustaz boleh terima. Tapi kau kurang ajar dengan Allah. Aku tak faham kenapa ramai lagi yang sokong, yang beli produk dia ni. Satu persatu azab diperlihatkan tapi masih berdegil dan angkuh.

Ya Rabb! Kami dah berusaha, kami dah cuba menasihati, kami dah cuba membenci, pelihara kami wahai Tuhan dari azab dan seksa.

Jangan kau azab dan laknat kepada kami yang tidak bersalah. Kami takut Ya Allah dengan kemarahanMu Ya Allah. Lindungi kami Ya Allah!

Ramai antara pengikut PU Amin yang meninggalkan komen terhadap entri tersebut, namun tidak lama kemudian, pendakwah bebas itu dilihat telah menutup ruangan komen pada foto yang dimuat naik olehnya itu.

Sumber : IG PU Amin

Loading...

Leave a Reply