Cempedak Cheese

Portal berita terbaik anda

Hiburan

Nur Sajat dirakam pakai jubah lelaki di lapangan terbang untuk tunai umrah

Hangat diperkatakan mengenai usahawan kosmetik, Nur Sajat yang mengerjakan ibadah umrah bersama keluarga dan rakan-rakannya.

Apa yang menjadi perhatian adalah penampilan Sajat sebagai jemaah wanita yang lengkap bertelekung.

Susulan itu ramai yang tertanya-tanya bagaimana pula dia boleh masuk ke Tanah Suci sebagai jemaah wanita sedangkan sebelum ini gambar kad pengenalannya yang tular jelas tertera nama dan jantina lelaki.

Berikutan itu, seorang pengguna Twitter yang menggunakan nama Akhi Fairuz Al-Jengkawi tampil menjawab persoalan tersebut.

Menurutnya, Sajat berkemungkinan memakai jubah lelaki tetapi apabila sampai di Tanah Suci dia terus menukar pakaian dan mengambil gambar sebagai wanita pula.

Tidak lama kemudian, seorang lagi pengguna Twitter, Shaiful Rizaidie telah memuat naik sekeping gambar yang menunjukkan Sajat bersama dua lagi rakan pondannya berpakaian kurta di lapangan terbang sekaligus menjawab pertanyaan netizen.

Sehingga kini, status jantina Sajat masih lagi menjadi tanda tanya dan bagaikan tiada jalan penyelesaian walaupun melibatkan pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sejak Januari 2018.

Loading...

3 Comments

  1. Nur Siti Fadhilah

    Tempat tanah suci sape2 pun boleh pegi diterima atau Tak diterima itu Allah Maha pengasih,penyayang dan Maha pengampun,Allah akan terima org yg ingin taubat nasuha,dan ini smua gerakan Allah,apapun dosa yg tlah Kita lakukan biarlah Allah yg menghukum bukan manusia utk menghukum Kita dgn hinaan atau kutukkan,setiap kata2 yg baikyg Kita dngr smuanye dari Allah krana Allah akan sentiasa memberi gerakkan pada seseorg utk kabaikkan Kita,Inga Kita smuanye sama tiada beza disisi Allah,kata2 kutukkan dtg dari syaitan yg nak Kita berterusan buat dosa utk Sajat Dan keluarga Dan kwn2 b strong sekian wassalam saya doakan smoga niat baik Sajat akan dipermudahkan dgn izin Allah

    • Mohd Sofiyan bin Mohamad Yusof

      Betulkan niat . . . Jangan kerana nila setitik, rosak susu sebelangga . . . Klu hati mau berubah, pergi & pulang senyap2 . . . Apabila dh dijdkan isu semua pihak terpalit jdnya . . . Ramai lg rakyat Malaysia ingin mengerjakan Umrah & Haji disana 😔

  2. liza

    kalau dia declare dirinya sbg khunsa . hanya dirinya dan keluarganya yg lebih tahu. Hanya allah yg tahu kebenaranya.
    Semoga sejahtera selalu dan berada di dalm RahmatNya.

Leave a Reply

Theme by Anders Norén