Portal berita terbaik anda

Hiburan

Nora Danish sebak dapat khatam al-Quran, niat sedekah pada arwah ayah

Mengalir air mata selebriti popular, Nora Danish apabila berjaya khatam al-Quran pada sembilan malam terakhir bulan kemuliaan Ramadan.

Menerusi laman Instagram, pemilik nama Nora Mohd Danish Hanif itu mengakui tidak semudah disangka bagi menjayakan khatam al-Quran apatah lagi dengan jadual kerjaya seni yang agak padat.

Namun ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan pada Mac lalu, selebriti berusia 38 tahun itu mula tergerak hati bagi mencari semula digital pen al-Quran untuk mengajar anaknya Putera Rayqal mengaji.

 

View this post on Instagram

 

Ya Allah , Syukur Alhamdullilah. Mengalir air mata kegembiraan. Mcm tak percaya dapat Khatam pada 9 malam terakhir Ramadhan 😢 SubhanAllah. Allah Maha Mengetahui. Khatam Quran ini Nora ingin sedekahkan Pada Arwah Papa. Semoga rohnya dicucuri rahmat, dan ditempatkan dikalangan orang orang yang beriman. Ampunilah dosa dosa nya Ya Allah. Sesungguhnya Engkau lah Maha Mengasihani , Maha Penyayang Dan Maha Pengampun 🙏🏼 Terima lah ya Allah bacaan hamba Mu yg tidak sempurna ini 😢SesungguhNya Allah Maha Penerima. InsyaAllah Nora akan Khatam pula bersama ustazah / ustaz pabila semua dah ok. Nampak mudah Khatam ni bagi sesetengah orang , tetapi tidak bagi Nora. Dengan jadual Nora Yg padat, niat Nak Khatam bertahun tahun tersekat. Sampailah masa MCO tergerak hati Nak cari balik @pu_hafiz ada hadiahkan digital pen Al-Quran untuk Rayqal , so nak ajar Rayqal mengaji sebab MCO kan , takut lama berhenti mengaji dia lupa. Jadi nya , saya pula berminat dengan pen digital itu , Jadi saya pula start mengaji 😍 Aturan Allah 💜 Dan ditambahkan pula , bila lihat Instagram @elizadsharifuddin dah Khatam during MCO , lagi berkobar jiwa raga ini. Thank u babe, 😘 u pendorong semangat I. Harap post nora ini , akan pula membuka niat pada mereka Yg lain. InsyaAllah. Sama sama kita share benda yang baik. Pada mula nya. Satu muka surat nak habiskan rasa susahhhhh nyaaaa. Lama lama 5 muka surat, jadi 10 , jadi 20 , jadi 30 dan seterusnya sampai mencecah 150 muka surat satu hari. Sampai Rasa tak sabar Nak bgn tido n start mengaji. MasyaAllah. Berkat Doa lepas solat bersungguh2 sampai menangis minta Allah berikan jalan mudah untuk mengaji. Nak sangat hadiah pada arwah papa dalam bulan penuh keberkatan ini. Allah Maha Mendengar. Terima kasih kepada PU Hafiz untuk Quran digital pen ini. Juga Terima kasih pada followers Yg Mendoakan Setiap kali nora share perjalanan Khatam ini. Dan perjalanan Khatam ini tidak akan sempurna tanpa Doa Suami & Ibu tercinta💜 Terima kasih , love u both. Suami Yg byk bersabar mendengar suara sumbang Setiap hari 🤦🏼‍♀️😬 Ada hikmah MCO ini Bagi saya. Boleh focus 110 percent. Kalau tidak ada je dugaan. Next , terjemahan 🥰

A post shared by Mrs Nedim (@noradanish) on

“Ya Allah, syukur alhamdullilah. Mengalir air mata kegembiraan. Macam tak percaya dapat khatam pada 9 malam terakhir Ramadan. SubhanAllah. Allah Maha Mengetahui.

“Nampak mudah khatam ni bagi sesetengah orang, tetapi tidak bagi Nora. Dengan jadual yang padat, niat nak khatam bertahun tahun tersekat.

“So nak ajar Rayqal mengaji sebab MCO kan, takut lama berhenti mengaji dia lupa. Jadinya saya pula berminat dengan pen digital itu. Jadi saya pula start mengaji,” tulisnya.

Malah pelakon filem Makrifat Cinta itu bersemangat untuk motivasikan diri sendiri selepas melihat rakan artis, Siti Elizad yang berjaya khatam al-Quran dalam tempoh PKP.

“Ditambahkan pula bila lihat Instagram @elizadsharifuddin dah khatam masa PKP, lagi berkobar jiwa raga ini. Thank you babe, U pendorong semangat I.

“Harap post Nora ini  akan pula membuka niat pada mereka yang lain. InsyaAllah sama2 kita kongsi benda yang baik,” katanya.


Berkongsi pengalaman bernilai itu, Nora juga mengakui sukar untuk menghabiskan sehelai muka surat sebelum mencecah 150 muka surat dalam masa sehari sehingga tidak sabar untuk membacanya setiap hari.

“Pada mulanya satu muka surat nak habiskan rasa susahnya. Lama2 lima muka surat, jadi 10, jadi 20, jadi 30 dan seterusnya sampai mencecah 150 muka surat satu hari.

“Sampai rasa tak sabar nak bangun tidur dan mula mengaji. MasyaAllah. Berkat Doa lepas solat bersungguh2 sampai menangis minta Allah berikan jalan mudah untuk mengaji,” ujarnya.

Loading...

Leave a Reply