Noorkhiriah mengaku pernah cukur kening

0
50

Dalam Islam, perbuatan mencukur kening adalah dilarang dan hukumnya berdosa. Namun ramai wanita yang berbuat demikian atas alasan mahu tampil cantik. Kening yang nipis dan dilukiskan dengan celak, dianggap boleh menaikkan kecantikan wajah.

Pelakon berbakat, Noorkhiriah Ahmad Shapie, juga mengakui dia pernah melakukannya satu ketika dulu sehingga keningnya tidak lagi mahu tumbuh.

Malah dia menyesal berbuat sedemikian dan menganggap itu adalah kisah zaman jahiliahnya.

Pendedahan itu dibuat di laman sosial instagram bagi menjawab soalan yang ditanyakan melalui aplikasi soal jawab yang tersedia dalam aplikasi Instagram.

Malah ada juga di antara mereka lebih terhibur telatah pelakon tersebut pada minit terakhir yang menunjukkan beliau amat menyesal atas perbuatannya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here