Desas desus terjawab, Noor Nabila sah bergelar isteri Engku Emran

Selamat bernikah hari ini, Engku Emran Engku Zainal Abidin,47, sah menjadikan kakak selebriti popular, Neelofa iaitu Noor Nabila Mohd Noor, 37, sebagai isterinya sekali gus menamatkan desas desus mengenai hubungan intim mereka sebelum ini.

Difahamkan, Nabila dinikahkan oleh adiknya sendiri, Mohd Aqief Mohd Noor di sebuah masjid di ibu kota dengan dihadiri oleh ahli keluarga terdekat.

Berita tersebut dikongsikan oleh Neelofa dan ibu Nabila, Datin Noor Kartini menerusi Instagram Story (Igs) masing-masing.

Sebelum ini kecoh apabila Nabila dan Emran dikatakan bercinta namun kedua-duanya berdolak- dalik berhubung spekulasi tersebut.

Malah, semalam, Nabila juga enggan memberi komen atau pengesahan ketika ditanya berhubung majlis pernikahan yang berlangsung pada hari ini.

Loading...

Leave a Reply