‘Semua keluarga saya, tiada orang luar..’ – Dr Noor Hisham nafi langgar SOP

Semalam, tular beberapa keping gambar di media sosial mengenai majlis resepsi anak perempuan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah yang berlangsung di BoraOmbak, Putrajaya.

Berikutan itu, terdapat segelintir individu mempertikaikan beliau tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dengan tidak memakai pelitup muka dan tiada penjarakan sosial.

Salah seorangnya adalah pengguna Twitter @zack_rockstar yang memuat naik tangkapan skrin daripada sebuah posting di Facebook memaparkan Dr Noor Hisham sekeluarga bergambar di atas pelamin.

“Tahniah @DGHisham dapat menantu tapi kenapa macam takde SOP? Facemask tak pakai penjarakan sosial pun takde nampaknya,” soal lelaki tersebut.

Bagaimanpun, Dr Noor Hisham menepis dakwaan tersebut dengan mengatakan acara perkahwinan itu hanya dihadiri ahli keluarga dan tiada orang luar yang menjadi tetamu majlis.

“Ini semua ahli keluarga saya dan tiada orang luar. Hanya untuk bergambar seketika atas pentas,” balas beliau di ruangan komen.

Personaliti TV, Fedtri Yahya yang menjadi pengacara majlis tersebut turut menjelaskan bahawa kenduri itu hanya dihadiri kaum kerabat dengan menjaga SOP sebaiknya.

“Semua anak menantu & cucu dia. Ini majlis yang sangat menjaga SOP. Jemputan tak sampai 100. 90% ahli keluarga,” katanya.
Terdahulu, Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kerajaan membenarkan majlis sosial seperti resepsi perkahwinan, kenduri, doa selamat dan majlis hari jadi dengan SOP yang ketat.

Sumber: Twitter @zack_rockstar

Loading...
Published
Categorized as Utama

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *