Nikmati Durian McFlurry sepuas-puasnya dengan hanya RM10

Berita baik buat peminat durian terutama peminat ais krim McFlurry Durian D24. Baru-baru ini, McDonald’s membuat pengumuman mereka akan mengadakan parti Durian Runtuh khas untuk pelanggan mereka.

Parti ini akan berlangsung selama 24 jam, dalam tempoh masa ini berlangsung, pelanggan boleh menikmati McFlurry berperisa durian sebanyak mana yang mereka dengan bayaran harga RM 10 sahaja.

Parti ini akan berlangsung pada 17 Julai ini dan akan dibuat dua sesi sahaja. Sesi pertama bermula pada 3 petang hingga 4 petang manakala sesi kedua bermula pada 5 petang hingga 6 petang.

Menurut pihak McDonald’s, hanya 20 orang pertama setiap sesi sahaja yang dapat menyertai parti ini.

Kepada peminat D24 tunggu apa lagi, anda boleh ajak kawan atau mungkin bos anda lepak di MCD untuk dapatkan makanan kegemaran anda ini untuk minum petang bersama.

Loading...
Published
Categorized as Utama

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *