Portal berita terbaik anda

Viral

Niat pulang ziarah ibu tapi pulang sebagai jenazah

HASRAT seorang pemuda untuk pulang bertemu ibunya kerana rindu yang mendalam tidak kesampaian apabila dia meninggal dunia ketika dalam perjalanan.

Menurut Skuad Pengurusan Jenazah – SPJ Malaysia yang membantu menguruskan jenazah, arwah dilaporkan terlibat dalam kemalangan jalan raya selepas motosikal yang ditungganginya bergesel dengan sebuah lori treler.

Siapa menyangka, ibu yang menanti kepulangan anak yang merinduinya, hanya mampu menyambut jasad si anak yang sudah tidak lagi bernyawa.

Sayu, kita sebagai manusia hanya mampu merancang, namun begitulah takdir Allah yang sudah tertulis.

Niat pulang untuk bertemu ibu tetapi pulang sebagai jenazah..

Kembalinya seorang anak lelaki harapan si ibu kepada Penciptanya. Jenazah nahas kemalangan jalan raya selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Al-Raudhah, Nilai.

Allahyarham Qamarul Ariffin Jasmi meninggal dunia selepas bergesel dengan sebuah lori treler.

Kemalangan yang meragut nyawa anak muda berusia 25 tahun itu berlaku di Lebuhraya Elite berhampiran susur ke Sepang.

Dikatakan arwah dalam perjalanan pulang untuk melawat ibu yang menetap bersama kakaknya di Nilai.

Kerana terlalu rindukan ibu..

Oleh kerana rindukan ibunya arwah mengambil cuti tahunan dan berhasrat untuk pulang menemui ibunya itu.

Arwah bertolak dari Wesport setelah habis waktu berkerja sekitar pukul 4 petang petang pada Sabtu yang lalu.

Ketika dalam perjalanan motosikal yang ditunggang oleh arwah bergesel dengan sebuah lori treler. Selepas bergesel motosikal yang ditunggangi terbabas dan arwah meninggal dunia di tempat kejadian.

Arwah menyewa rumah di Pulau Indah bersama 2 orang rakan bujangnya dan baru 5 bulan bekerja di Wesport.

Anak lelaki tunggal pergi selama-lamanya..

Arwah adalah anak kedua dari 3 orang adik beradik. Yang pertama kakaknya dan yang ketiga pula ialah adik perempuan arwah.

Bermakna arwah adalah anak lelaki tunggal di dalam keluarga selepas bapanya meninggal dunia sejak beberapa tahun yang lalu.

Kini, anak harapan di dalam keluarga telah pergi selama lamanya meninggalkan ibu dan dua lagi adik beradik.

Pihak keluarga telah menghubungi kami pada hari sabtu yang lalu melibatkan pengurusan jenazah arwah.

Oleh kerana perlu melalui proses saringan covid-19 sebelum boleh dibedah siasat untuk mengetahui punca kematian arwah.. Jenazah hanya boleh kami uruskan dibilik pengurusan jenazah milik Hospital Serdang selepas zohor tadi..

Selepas jenazah dimandi dan dikafankan.. team kedua UKVJ terus membawa jenazah ke Masjid Al-Azim Taman Semarak Nilai untuk disolatkan..

Selesai disolatkan jenazah terus dibawa ke tanah perkuburan dan kemudian selamat dikebumikan sekitar pukul 06.20 petang..

Semoga ibu dan adik beradik arwah redha dengan kehilangan insan yang mereka sayang..

Setiap yang berlaku sudah Allah tetapkan.. Kehidupan dan kematian manusia hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui. Salam takziah!

Loading...

Leave a Reply