Netizen tidak tahu anak saya sering ke masjid dan bersedekah – Normah Damanhuri

Dikecam teruk susulan kontroversi panas tarian separuh bogel di majlis kahwin anaknya, Ahya Rosli, pelakon veteren terkenal, Normah Damanhuri akui sedih dengan komen netizen yang mengkritik caranya mendidik keluarga.

“Saya tak tahu nak cakap apa. Orang selalu nampak saya membiarkan apa sahaja anak buat. Tetapi sebagai ibu, semestinya saya menegur mereka tanpa henti jika ada salah silap pada pandangan mata saya. Takkan saya nak biarkan sahaja?

“Benda yang tidak elok saya tak sokong, begitulah juga sebaliknya. Masing-masing sudah besar. Cuma, sesetengah komen mereka membuatkan saya sedih. Ada yang mengatakan, apabila kena hentam barulah nak minta maaf.

“Ada juga yang menganggap saya menyokong perkara ini dan saya jugalah yang merakamkan videonya. Saya tak faham kenapa mereka suka membuat tuduhan sebarangan?” katanya kepada BH Online.

Dalam pada itu, Normah turut meluahkan rasa kesal dengan sikap segelintir netizen melemparkan tuduhan sesuka hati sedangkan mereka tidak tahu menahu tentang perihal keluarganya.

“Kalau mereka tidak tahu mengenai kami anak-beranak, jangan cakap sebarangan. Apakah mereka tahu bila anak saya bersedekah, bila anak-anak ke masjid, bila mereka membantu golongan memerlukan? Tidak… Mereka tak tahu kerana keluarga kami bukannya suka menunjuk-nunjuk perkara kebaikan yang dibuat.

“Kerana terlalu geram, saya membalas komen mereka. Tetapi tidak lama kemudian, saya padamkan semula,” katanya.

Terdahulu, gara-gara aksi panas tarian separuh bogel itu, netizen melancarkan kempen Boikot Keluarga Damanhuri. Normah Damanhuri kemudian tampil memohon maaf diatas insiden tersebut.

Jelasnya lagi, beliau tidak menyangka lelaki menyerupai wanita itu muncul berpakaian separuh bogel dan membuat tarian lucah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *