Portal berita terbaik anda

Politik

Netizen terpukau Syed Saddiq sedekah gaji bulan ini kepada golongan terjejas Covid-19

Rata-rata netizen di laman sosial Twitter hari ini terpukau apabila Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, bermurah hati mendermakan semua gajinya bulan ini kepada golongan yang memerlukan di saat negara dilanda penularan wabak Covid-19.

Para netizen mengetahui perkara itu menerusi satu ciapan di Twitter Adam Mukhriz yang menulis ‘Ahli Parlimen Muar sedekahkan semua gaji dia untuk bulan ini kepada mereka yang memerlukan di saat Covid-19 ini. Terima kasih!’

Ciapan itu dilihat mendapat sebanyak 7,300 retweet dan 13,600 tanda suka.

Seorang netizen yang menggunakan nama Reviu Buku@najihahreads menulis “Wow aku expect fasa crucial ini #potonggajimenteri dan #potonggajiceoglc … Tapi sedekahkan semua gaji tu melebihi jangkaan. Terima kasih”

Dalam ratusan komen, pemilik akaun bernama Natlie dilihat memuji usaha murni anak muda itu.

“Omg! Baiknya. Patutnya menteri2 sekarang should do!

Tidak kurang pula ada yang menyifatkan bekas Menteri Belia dan Sukan itu bukan seorang yang suka menunjuk.

“Dia tak menunjukkan pun… bagusnyaaa!!!,” puji seorang pemilik akaun menggunakan nama samaran Meow.

Loading...

Leave a Reply