Kes Covid-19 tidak terkawal, netizen gesa Dr Noor Hisham letak jawatan

Hampir setiap hari wajah beliau akan terpampang di kaca televisyen untuk hebahan terkini jumlah jangkitan Covid-19 dan isu-isu penting yang berkaitan.

Meskipun sumbangan beliau sangat besar kepada Malaysia, harus kita akui beliau tidak mampu untuk memuaskan hati semua pihak.

Kesannya, baru-baru ini Dr. Noor Hisham ada menerima rasa tidak puas hati dari netizen yang menggesa beliau suapaya meletakkan jawatan.

Semuanya bermula apabila beliau memuat naik satu ciapan nasihat kepada rakyat Malaysia agar duduk di rumah dan sentiasa berada dalam keadaan yang selamat.

Beliau juga menegaskan bahawa perkara lebih buruk akan muncul jika kita semua tidak menggunakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini dengan sebaik-baiknya.

Dalam satu ciapan lain pula, beliau meminta agar rakyat Malaysia patuh kepada arahan yang dihantar secara harian oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Bagaimanapun, ciapan berbentuk nasihat itu menerima maklum balas negatif daripada netizen yang rata-ratanya menganggap beliau memilih bulu dalam memberi nasihat.

Ada juga yang meluahkan keperitan mereka dalam mengharungi hari-hari dengan keadaan ekonomi yang tenat.

Malah, seorang netizen meminta agar Dr Noor Hisham meletakkan jawatannya sebagai Pengarah Kesihatan.

Apa kata anda? Patut ke beliau meletakkan jawatan?

Loading...

2 Comments

  1. Ross Lee January 18, 2021
    • must January 19, 2021

Leave a Reply