Portal berita terbaik anda

Viral

Netizen geleng kepala lihat pusat internet sementara di Kelantan

Masalah capaian internet di kawasan pedalaman sememangnya menjadi antara topik utama dibahaskan di media sosial.

Mana tidaknya, internet merupakan perkara paling penting ketika ini memandangkan Pengajaran dan Pembelajaran dari Rumah (PdPR) masih berjalan dan saranan kerja dari rumah (wfh) masih dikuatkuasa.

Oleh itu, kerajaan negeri di Kelantan mengambil inisitif mendirikan sebuah pusat internet sementara di kawasan Kampung Bahagia, Kuala Krai dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) Negeri Kelantan dan Syarikat TELCO.

Walau bagaimanapun, pusat internet sementara itu menjadi bualan di media sosial berikutan kondisinya yang dilihat kurang sesuai dengan situasi sekarang.

Perkara itu disuarakan menerusi satu perkongsian semula oleh pengguna Twitter @thefaizzainal apabila masing-masing mengakui kurang senang dengan pusat internet sementara yang dibina sebegitu rupa.

Sponsor la kanopi kenduri kahwin

Ingatkan abad ke-18

Kes sama dengan sardin lah ni

Kenapa tak buat terus di sekolah?

Sementara itu, menurut Adun Guchil, pihaknya telah memberi penjelasan bahawa memang pada awalnya kabin ataupun kanopi akan diletakkan di kawasan tersebut.

Namun, melihat daripada lokasi kampung berkenaan yang merupakan kawasan laluan angin lintang dan dipanggil ‘Abang Besar’, pihaknya bersama penduduk kampung telah bergotong-royong membina bangsal kayu sementara yang lebih selesa.

Ia juga sekali gus dapat mengelakkan sebarang vandalisme berlaku.

Loading...

Leave a Reply