Portal berita terbaik anda

Hiburan

Netizen dakwa nampak ‘baby bump’ Neelofa masa live di Instagram

Rata-rata netizen mendakwa bekas pengacara ‘Meletop’ iaitu Neelofa sudah berbadan dua.

Perkara tersebut hangat diperkatakan ketika mereka menyasikan sesi live di antara Neelofa dan Bella Zahir di Instagram.

Neelofa yang menyarung jubah berwarna hitam itu dikatakan seperti mempunyai ‘baby bump’ setelah lebih tiga bulan mendirikan rumah tangga bersama Pu Riz.

Dia juga dilihat mengusap perutnya beberapa kali sambil mempromosikan barangan yang hendak dijual.

Rata-rata netizen yang mengikuti sesi live tersebut memberi ucapan tahniah seandainya Neelofa benar-benar hamil.

Selain memberi ucapan tahniah, mereka juga sudah tidak sabar untuk mendengar pengakuan daripada Neelofa sendiri mengenai perkara tersebut.

Setakat ini, Neelofa masih berdiam diri dan tidak memberi sebarang komen di media sosial berhubung isu dirinya dipercayai sedang hamil.

Sumber: Neelofa

Loading...

Leave a Reply