Gara-gara mantera Jawa, rakan gadis ini dirasuk ketika ‘Instagram live’

0
489

Seorang pengguna Twitter, Farisha Syamimi telah memuat naik satu rakaman video soerang gadis telah dirasuk makhluk halus ketika rakannya sedang live di Instagram.

Menurut rakan mangsa yang juga Instafamous Nesa Idrus, mangsa pada ketika itu dikatakan sedang mendengar lagu mantera jawa.

Berikutan itu, mangsa telah diserang histeria sehingga mengejutkan Nesa sendiri yang kemudiannya memutuskan video llive tersebut.

Bagaimanapun, sebahagian video tersebut telah disebar di Twitter dan menjadi tular sehingga menimbulkan kekecohan dalam kalangan netizen.

Video dirasuk

Rakan dirasuk selepas pasang mantera jawa

Sebelum kejadian, Nesa sedang berbual dengan pengikut Instagramnya menerusi IG live, dia kemudian menoleh ke arah mangsa dan menegur bertanyakan lagu yang didengari menerusi telefon bimbitnya.

Pada ruangan komen IG live, ada pengikutnya yang bertanyakan soalan tentang bunyi lagu mantera jawa yang dipasang dan menyuruh Instafamous itu menutup lagu tersebut kerana nadanya yang menyeramkan.

Suasana rumah yang pada mulanya cerah, tiba-tiba bertukar gelap apabila lampu terpadam dan apabila lampu terpasang kembali, kelihatan rakannya sedang mengerang seperti dirasuk.

Pengakuan daripada Instafamous

Detik kejadian dirasuk bermula

Kawan I memang dirasuk

Macam berlakon je?

Selepas tersebarnya video tersebut, segelintir netizen mula membuat spekulasi bahwa kejadian tersebut hanyalah lakonan semata-mata.

Ini kerana, Nesa sendiri merupakan pelajar Akademi Seni Budaya Dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) dan pernah terlibat dalam lakonan teater.

I’m not looking for any attention

Namun dakwaan itu disangkal oleh Nesa melalui satu muat naik bertulis di laman Twitternya sebelum memadamkan thread kejadian rasuk tersebut.

Sumber : Amazing Nara, Twitter,

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here