Nenek Syatila Melvin meninggal dunia

PETALING JAYA – Nenek kepada pelakon Syatila Melvin, Che Puteh Zakaria meninggal dunia tepat pukul 3.45 petang tadi.

Berita itu dikongsikan Syatila atau nama sebenarnya Siti Nur Syatilla Amirol Melvin, 30, dalam Instagram miliknya sebentar tadi.

“Selesai dah tanggungjawab Che Puteh Zakaria di dunia ini. Berakhir dengan kalimah Lailahailallah di mulut, indahnya kematian tok Ya Allah.

“Mohon sedekahkan Al-Fatihah untuk tok Tilla. Dari kecik sampai besar memang hidup dengan tok sahaja. Kami dalam perjalanan balik peluk cium tok ni,” tulisnya.

Pada masa sama, adik Syatila yang juga pelakon Syifa Melvin turut memuat naik InstaStory mengenai pemergian neneknya itu.

“Kami dah tak da tok. Tok da pergi buat selamanya. Ya Allah. Sedekahkan Al-Fatihah buat beliau,” tulisnya.

Usaha Kosmo! Online untuk mendapatkan perincian daripada Syatila dan Syifa masih belum berhasil setakat ini. – K! ONLINE

Loading...

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *