Strict Standards: Static function Automattic\Jetpack\My_Jetpack\Product::get_name() should not be abstract in /home/wowberi1/cempedakcheese.com/wp-content/plugins/jetpack/jetpack_vendor/automattic/jetpack-my-jetpack/src/products/class-product.php on line 141

Strict Standards: Static function Automattic\Jetpack\My_Jetpack\Product::get_title() should not be abstract in /home/wowberi1/cempedakcheese.com/wp-content/plugins/jetpack/jetpack_vendor/automattic/jetpack-my-jetpack/src/products/class-product.php on line 148

Strict Standards: Static function Automattic\Jetpack\My_Jetpack\Product::get_description() should not be abstract in /home/wowberi1/cempedakcheese.com/wp-content/plugins/jetpack/jetpack_vendor/automattic/jetpack-my-jetpack/src/products/class-product.php on line 155

Strict Standards: Static function Automattic\Jetpack\My_Jetpack\Product::get_long_description() should not be abstract in /home/wowberi1/cempedakcheese.com/wp-content/plugins/jetpack/jetpack_vendor/automattic/jetpack-my-jetpack/src/products/class-product.php on line 162

Strict Standards: Static function Automattic\Jetpack\My_Jetpack\Product::get_features() should not be abstract in /home/wowberi1/cempedakcheese.com/wp-content/plugins/jetpack/jetpack_vendor/automattic/jetpack-my-jetpack/src/products/class-product.php on line 169

Strict Standards: Static function Automattic\Jetpack\My_Jetpack\Product::get_pricing_for_ui() should not be abstract in /home/wowberi1/cempedakcheese.com/wp-content/plugins/jetpack/jetpack_vendor/automattic/jetpack-my-jetpack/src/products/class-product.php on line 176

Strict Standards: Static function Automattic\Jetpack\My_Jetpack\Product::get_manage_url() should not be abstract in /home/wowberi1/cempedakcheese.com/wp-content/plugins/jetpack/jetpack_vendor/automattic/jetpack-my-jetpack/src/products/class-product.php on line 183
Nenek pandu speed bot di Tasik Kenyir

Portal berita terbaik anda

Utama

Nenek pandu speed bot di Tasik Kenyir

DIA layak digelar ‘Nenek Super’. Mana tidaknya pada usia sudah melewati 66 tahun dan ada tujuh cucu, Tengku Embat Tengku Ngah masih gagah mencari rezeki dengan dengan memandu bot laju membawa pengunjung di Tasik Kenyir.

Tengku Embat berkata, pekerjaan itu diceburinya sejak 21 tahun lalu dan dia masih melakukannya kerana tidak suka goyang kaki dan mengharapkan bantuan orang lain untuk menyara hidup.

Katanya, ketika arwah suaminya hidup, dia suri rumah sepenuh masa namun terpaksa mengubah perjalanan hidupnya menjadi pemandu bot laju apabila suaminya meninggal dunia.

“Saya perlu bekerja untuk mencari wang bagi membesarkan enam anak. Dari situlah bermulanya kisah saya menjadi pemandu bot laju.

“Selepas beberapa minggu suami meninggal dunia, saya nekad mengambil alih tugas memandu bot pelancong di Tasik Kenyir dan saya masih ingat tugasan pertama menghantar pekerja pemasangan kabel elektrik dasar air.

“Ketika suami masih ada saya tidak pernah memandu bot apatah lagi untuk menghidupkan enjin bot 40 kuasa kuda dengan menarik tali penghidup pada enjin namun saya tetap gagahkan diri melakukannya,” katanya ditemui di Pengkalan Gawi Tasik Kenyir, Kuala Berang, semalam.

Menurutnya, kemahiran yang diperoleh sejak 21 tahun lalu itu membolehkannya kini memandu bot laju dengan enjin 115 kuasa kuda untuk menghantar pengunjung ke lokasi yang diingini.

“Cuti persekolahan dan perayaan adalah lubuk rezeki kerana dalam tempoh seminggu, saya mampu meraih pendapatan mencecah RM6,000 manakala pada hari biasa setiap minggu saya mampu dapat antara RM2,000 hingga RM3,000,” katanya.

Tengku Embat berkata, ramai penumpang teruja apabila mengetahui dia yang memandu bot dan menghantar pengunjung ke lokasi dikunjungi malah ada tidak menyangka dia memandu bot laju memandangkan usianya itu.

“Pertama kali saya membawa bot saya menggigil ketakutan namun sikap ingin berusaha mendorong saya untuk kuatkan diri dan saban hari saya ke tasik walaupun tiada penumpang kerana Tasik Kenyir ini ibarat rumah kedua saya.

“Sebelum ini saya ada dua bot laju dan kedua-duanya menggunakan enjin 115 kuasa kuda yang mana sebuah saya pandu manakala lagi saya serahkan kepada anak sulung, Indra Irwana Deraman, 45, untuk mengendalikannya,” katanya.

Katanya, berpegang kepada prinsip jika orang lain boleh, dia juga boleh, dia mempelajari selok belok laluan di dalam tasik buatan terbesar di Asia Tenggara serta memiliki lebih daripada 300 pulau itu.

“Jarak perjalanan ke taman negara adalah paling jauh iaitu memakan masa hingga satu jam setengah namun dengan pengalaman yang ada saya mampu memandu bot laju ini untuk membawa penumpang ke sana,” katanya.

Menurut Tengku Embat, sepanjang menjadi pemandu bot laju, dia pernah berdepan detik mencabar apabila enjin kedua-dua botnya dirosakkan hingga mengalami kerugian RM70,000.

“Akibat perbuatan khianat pada Ramadan tahun lalu, enjin kedua-dua bot tidak dapat digunakan,” katanya yang menetap di Kampung Tengkawang di sini.

Menurutnya, bagi membolehkannya dan anak terus mencari rezeki, dia terpaksa membeli satu enjin dulu berharga RM35,000 manakala bot sebuah lagi masih berada di bengkel yang terletak di Kuala Nerus,” katanya.

Menurutnya, dia akan terus memandu bot laju selagi kudratnya masih kuat selain kesihatan yang mengizinkan kerana kerja memandu bot membawa pelancong menyeronokkan.

Loading...

1 Comment

  1. zainab abdul manap

    Uishh. Bravo bravo!!!!

    Cik nab kagum dgn kehebatan mokcik. Mokcik sgt bertuah.

    Cik nab je yg kempunan.
    Jgn kata kan bawak bot.
    Beskal roda tiga pon , cik nab x berpeluang lagi nak belajar.
    Terasa sedih sikit d hati cik nab skang ni.
    Hukhuk

Leave a Reply to Cancel reply