Portal berita terbaik anda

Viral

Nenek 87 tahun gigih jual sayur demi sesuap nasi

Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

Begitulah nasib seorang warga emas berusia 87 tahun yang terpaksa menjual sayur-sayuran di kaki lima Pasar Siti Khatijah, Kota Bharu demi mencari sesuap nasi.

Kisah warga emas berkenaan tular di media sosial selepas videonya sedang menunggu pelanggan dirakam oleh seorang netizen bernama Hanif Asyraf sebelum dimuat naik ke akaun Tik Tok miliknya.

Menurut Hanif, warga emas yang buta sebelah mata itu tinggal bersendirian di Kampung Selinsing, Pasir Puteh dan datang berniaga di Kota Bharu dengan menaiki teksi.

Apa yang mengharukan apabila warga emas itu memberitahu dia terpaksa menjual sayur untuk mendapatkan wang bagi membeli makanan.

Simpati dengan nasib warga emas berkenaan, Hanif pun bertanya jika ada apa-apa yang diperlukan oleh warga emas tersebut.

Bagaimanapun, warga emas itu hanya meminta RM5 sahaja untuk membeli beras serta nasi goreng sebagai makanan untuk mengalas perutnya yang lapar.

Tanpa berlengah, Hanif terus membelikan dan menyedahkan beras serta makanan untuknya.

Jelas, terpancar senyuman kegembiraan di wajahnya sebaik sahaja menerima pemberian pemuda berhati mulia itu.

Di akhir video, warga emas tersebut menyedekahkan barang jualannya sebagai tanda terima kasih buat Hanif.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa sebak tatkala video tersebut.

Dalam pada itu, ada juga yang mempersoalkan di mana perginya pihak bertanggungjawab yang sepatutnya mengambil berat hal ehwal rakyat di negeri itu.

Loading...

1 Comment

  1. Cik Ani Hashim

    Berlegar di lama Sosial kesah Che munah..

    Saya namakan “Che munah is come back” jom kawan² Yang ingin membantu,saya bawa ke rumah kediaman Che munah..

    Semoga Allah merahmati Kita semua.

    ======================================
    Assalamualaikum, YB/YBhg. Dato’ /Tuan/ Puan.

    Merujuk kepada viral facebook melalui akaun facebook Zamri Ismail bertarikh 7hb Januari 2019 adalah dirujuk.

    Warga emas yang dimaksudkan ialah Che Munah binti Che Man, no kp: 390730-03-5034, berusia 80 tahun. Semakan awal di dalam sistem e-Bantuan didapati penama merupakan penerima bantuan kebajikan masyarakat JKM di bawah skim Bantuan Orang Tua (BOT) sebanyak RM350.00 sebulan sejak Januari 2014 hingga kini. Penama juga pernah menerima bantuan dari Pejabat Kebajikan Masyarakat Jajahan Pasir Mas, Kelantan sebelum menetap di Jajahan Pasir Puteh, Kelantan.

    Penyelaras Unit Kebajikan Produktif Jajahan Pasir Puteh, Hasliza binti Mohd Sidek telah membuat lawatan ke rumah bersama pegawai kes En. Mohd Asrul Izzat bin Mohamad Asari, gred S19 dan Cik Nurul Nadiah bt Nordin gred S19 di alamat Kg Banggol Pak Esah, Selising, Pasir Puteh, Kelantan. Telah temubual bersama penama dan suaminya.

    Penama telah berkahwin sejak 6 tahun yang lalu dan tidak mempunyai anak. Penama tinggal berdua dengan suaminya. Selain daripada bantuan JKM, penama turut menerima sumbangan tetap setiap bulan dari anak saudara yang bekerja di Pahang dengan kadar RM300.00 sebulan melalui akaun CIMB. Manakala bantuan JKM disalurkan ke akaun Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB).

    Penama juga berjaja asam gelugur di pasar pagi sekitar Pasir Puteh dan Kota Bharu dengan purata pendapatan sebanyak RM100.00 sebulan. Bekalan asam gelugur diperolehi dari pasar Jelawat dengan kos RM150.00 dan dibungkus secara kecil-kecilan sebelum dijual. Menurut penama, ianya adalah minat dan kesukaan penama untuk berjaja kerana inginkan wang dari hasil usahanya sendiri walaupun sumbangan JKM dan anak saudara telah mencukupi.

    Suami penama, Abdullah bin Jusoh, no kp: 551230-03-5243, berusia 64 tahun. Menurut suami penama, bekerja sebagai buruh binaan dengan kadar purata pendapatan sebanyak RM350.00 seminggu (anggaran pendapatan bulanan sebanyak RM1200.00 sebulan). Suaminya mempunyai 7 orang anak hasil dari perkahwinan terdahulu.

    Menurut suami penama bahawa penama tidak pernah memasak dan hanya membeli makanan di kedai. Manakala suami penama akan memasak nasi dan lauk apabila tidak keluar bekerja.

    Penama dan suami tinggal di rumah milik sendiri yang dibina sejak 6 tahun yang lalu. Rumah tersebut dibina sendiri tanpa kos upah kerana suami penama mempunyai kemahiran bertukang. Rumah kediaman mempunyai sebuah bilik, dapur dan bilik air. Keadaan rumah tidak terurus kerana penama tidak berminat untuk mengemas rumah.

    Rumah penama dilengkapi dengan bekalan air paip dari sumber Air Kelantan Sdn Bhd namun telah dipotong bekalan air kerana tidak menjelaskan bil yang tertunggak. Kadar purata bil air sebanyak RM4.00 sebulan. Pada masa kini, penama dan suami menggunakan sumber air dari rumah anak tiri yang bersebelahan kediaman penama.

    Justifikasi pendapatan bulanan penama sekeluarga ialah RM350.00 sebulan bantuan JKM, RM300.00 sebulan sumbangan tetap daripada anak saudara, RM100.00 sebulan hasil jualan asam gelugur dan anggaran RM1200.00 sebulan pendapatan suami. Keseluruhan pendapatan penama termasuk bantuan sebanyak RM1950.00 adalah mencukupi untuk keperluan asas penama dan suami.

    Sekian, terima kasih.

    Disediakan oleh:

    HASLIZA BINTI MOHD SIDEK
    Penyelaras Unit Kebajikan Produktif
    Pejabat Kebajikan Masyarakat Jajahan Pasir Puteh, Kelantan
    Tarikh: 8hb Januari 2019

Leave a Reply