Nelydia Senrose selamat bergelar isteri ahli perniagaan

KUALA LUMPUR – Pelakon popular, Nelydia Senrose selamat bergelar isteri kepada ahli perniagaan, Hafez Halimi dalam satu majlis pernikahan secara tertutup yang diadakan di sebuah hotel terkemuka di sini sebentar tadi.

Nelydia atau nama sebenarnya, Nik Zaris Nelydia Nik Sen, 25, diijabkabulkan kira-kira pada pukul 3.30 petang tadi.

Pada majlis itu Nelydia menerima mas kahwin sebanyak RM10,000.

Majlis pernikahan tersebut hanya dihadiri ahli keluarga dan rakan terdekat.

Pada majlis tersebut Nelydia menggayakan busana serba putih rekaan pereka fesyen Ezuwan Ismail.

Pelakon drama Encik Imam Ekspres itu mengakui mula berkenalan dengan jejaka yang berasal dari Pantai Timur berkenaan sekitar April tahun lalu.

Difahamkan, mereka juga pernah merancang untuk mengakhiri zaman bujang pada penghujung tahun lalu namun, terpaksa ditangguhkan berikutan komitmen kerjaya masing-masing.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *